Abdullah juga berkata terdapat segelintir ahli Umno yang turut menggunakan kaedah sama seperti PAS untuk memburukkan konsep Islam Hadhari kepada rakyat.
Selasa, 4 Oktober 2011
PAK LAH AKUI ISLAM HADARI TIDAK BERJAYA KERANA SIKAP ORANG UMNO SENDIRI
Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata segelintir orang Umno sendiri menjadi punca konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya tidak mendapat sambutan di Malaysia.
Abdullah juga berkata terdapat segelintir ahli Umno yang turut menggunakan kaedah sama seperti PAS untuk memburukkan konsep Islam Hadhari kepada rakyat.
Abdullah juga berkata terdapat segelintir ahli Umno yang turut menggunakan kaedah sama seperti PAS untuk memburukkan konsep Islam Hadhari kepada rakyat.
“Masalahnya apabila kita buat promosi Islam Hadhari... PAS tidak setuju sebab mereka kata Islam hanya satu dan mereka berceramah di merata tempat untuk tolak Islam Hadhari, kemudian ada juga ahli Umno sendiri yang ikut cara PAS berceramah isu Islam Hadhari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan forum “Keamanan dan Keselamatan-Perspektif Islam” di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) diKUala Lumpur.
Islam Hadhari “ditenggelamkan” dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil alih pentadbiran negara, Abdullah berkata, “ia masih diteruskan walaupun konsep baru dibentuk.”
Abdullah memperkenalkan konsep Islam Hadhari pada 2003.
Langgan:
Catatan (Atom)