Yang ini best aku suka...komentar yang aku petik dari blog penghasut terkenal
tukartiub.blogspot.com yamg belajar hidup dalam pelarian di luarnegeri (dulukala). Blog pelik ni suka buat spelling salah..sengaja tur..hari-hari mesti dia tulis salah ejaan (typo error)..
Sabah adalah milik rakyat Sabah, Bukan milik perseorangan. Inilah bukti yang sangat kukuh bahawa Malaysia tidak perlukan Rajah Gopal. Kalau Sabah adalah milik Syaitan Sulu, maka rakyat Sabah akan menderita kerana semua tanah akan jadi hak milik Syaitan Sulu macam negara Brunei dimana hasil kekayaan Brunei terutama minyak akan dimiliki oleh Rajah Gopal. Rakyat Sabah lebih cerdik daripada negeri-negeri lain kerana rakyat Sabah tidak perlukan Rajah Gopal yang suka makan free dan berak cangkung. Sebenarnya UMNO mahu angkat Syaitan Sulu jadi Rajah Gopal supaya bila menang pilihanraya nanti hanya orang UMNO sahaja boleh jadi Ketua Menteri, sama seperti negeri Perak dimana DAP tak boleh jadi MB walaupun menang besar. Jadi bila Syaitan Sulu jadi Rajah Gopal maka Pairin tidak ada harapan jadi Ketua Menteri kerana perlembagaan Sabah akan ditukar macam negeri-negeri Semenanjung yang ada Rajah Gopal.
Persatuan Bekas Polis diketuai Norian Mai lagi lawak.Buat demo kad Tugu Peringatan.Tugu tu konon nak tunjukkan kemenangan memerangi pegganas komunis.Tentra Sultan Sulu bukan komunis.Ribuan rakyat Sulu dah dapat IC Biru disedekahkan oleh Mahathir Kutty,macam sedekah pisang kad mesjid.Pergilah buat demo depan rumah Mahathir Kutty atau buat demno depan istana Najib diPutrajaya kerana kerabat Sultan Sulu tu pernah jadi tetamu diPerhimpunan UMNO.Bawa gambar Tian Chua buat apa? You are barking at the wrong tree(Kamu menyalak pada pokok yang salah)Musang berada dipokok yang lain.Dah ramai anggota PDRM terbunbuh pon masih nak kena kencing lagi.
YANG INI TENTANG AKHBAR UTAMA MILIK UMNO YANG TERUS MENERUS DISAYANGI....
Ops Daulat : 30 pengganas Sulu maut utusan cakap....kenyataan rasmi tiada...pelik????
uTUSAN Malaysia terus menjadi perosak minda..LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.
KELEMAHAN SULTAN SULU
Di manakah letaknya kelemahan Sultan Sulu? Di tangannya kah? Di kerisnya kah? Di M16 nya kah? Kelemahan Sultan Sulu terletak di huruf "S" nya. Kalau "S" digantikan dengan "B" .Maka semua rakyat dan pengikutnya akan ketawa terbahak-bahak.(tt)
LAPORAN DARI THEMALAYSIANINSIDER DIPETIK SEBAGAI BERKATA:
Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.
Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.
Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.
Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.
Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui “pintu belakang selatan.” - laluan yang menjadi laluan pelayar.
Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.
“Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban,” tambahnya.
Awal hari ini, pemimpin MNLF, Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.
SATU HAL YANG KENA FIKIR JUGA
penghantaran tentera ke Sabah naik Air- Asia? Why??????????
“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?
Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.