Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 9 Mei 2010

TEKA-TEKI KRISIS DIRAJA KELANTAN



Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang jam 5-10 petang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Sultan Kelantan dikeluarkan dari HUSM dua hari selepas peguam baginda memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari hospital itu di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.
Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.


Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra - hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan




Pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.


Tengku Rozan (kiri dalam foto) berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.


Mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.


Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk 'merawat' sultan dengan "barang-barang yang diragui dari segi hukumnya" ditemui dekat baginda di Singapura.


Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra kekanda Sultan Kelantan mendakwa Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra menderita lebih sembilan tahun dengan diberikan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak tertentu.


Pemangku Raja yang merupakan putera sulong Sultan Kelantan “telah dibuat semacam robot walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak ”.




 Kenyataan Tengku Rozan juga mempertahankan tindakan Pemangku Raja Kelantan khususnya dalam soal rawatan susulan di HUSM yang didakwa sesetengah pihak sebagai “tindakan mengurung” Sultan Kelantan.


 Pemangku Raja Kelantan telah mengeluarkan titah arahan kepada polis untuk mengawal bilik rawatan Sultan Kelantan dan meminta supaya mereka yang membuat kecoh dan memaki hamun di bilik rawatan agar dikeluarkan.

Tengku Salwani seterusnya berkata Raja Perempuan tidak membenarkan orang-orang yang tidak dipercayainya termasuk doktor dan alim ulama menziarahi Sultan Kelantan 

Apa yang berlaku pada 4 Mei lalu menurut Tengku Salwani ialah Raja Perempuan dan Tengku Merjan telah berada di luar wad diraja HUSM selama sejam kerana pada masa berkenaan Pemangku Raja Kelantan berada di wad Sultan Kelantan.


Menteri Hisham rayu jangan kutuk polis

Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussin yang sedang berada diluar negeri minta kasihan belas rakyat jangan kutuk polis hanya kerana kejadian tembak 2 remaja.

“Saya hendak memberi jaminan kepada setiap orang, moral pasukan polis juga perlu dipertahankan dan diimbangi,” kata Naib Presiden Umno ini sambil menambah, tindakan mengutuk dan memperlekehkan pasukan polis tidak akan membantu sesiapa.


“Malaysia berada dalam peralihan. Dalam persekitaran perubahan ini, sudah tentu akan ada percubaan untuk memperlekehkan institusi-institusi tanpa asas, tanpa kajian, perbincangan dan tanpa faham (mendalam),” kata beliau dengan merujuk kepada pasukan penguatkuasaan dan kehakiman.





Melayu:
Dari London dia merayu..kesian polis..
jangan main pistol-pistolan
alamak-alamak kesian mak bapak.