Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 12 Julai 2010

kes Aminurashid telah diserah ke pejabat Tim Pendakwaraya

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kertas siasatan berhubung kes remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada 26 April lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Isu sama ada suspek telah melakukan kesalahan atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mahkamah.
"Oleh yang demikian, tidak wajar bagi kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan sebelum kes tersebut diputuskan oleh mahkamah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lim ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga Aminulrasyid di Shah Alam, dan mengapa siasatan hanya dilakukan oleh Panel Khas diketuai Timbalan Menteri dan bukannya suatu siasatan terbuka.
Hishammuddin berkata, beliau "setakat ini berpuas hati bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus dan telah diselesaikan dalam tempoh singkat."
Beliau berkata, Panel Khas yang ditubuhkan memantau secara langsung proses penyiasatan dijalankan oleh polis bagi memastikan siasatan adil, telus, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat.
Panel turut meneliti prosedur penggunaan senjata api oleh polis dan prosedur-prosedur lain berkaitan dengan operasi, penugasan polis dan seterusnya membuat syor bagi menambah baik prosedur berkaitan.
"Sehubungan itu, dakwaan bahawa Panel Khas ini menjalankan siasatan secara dalaman adalah tidak benar. Panel ini hanya memantau proses siasatan yang dijalankan oleh polis," katanya. - BERNAMA

saya didera hebat perisik tentera

N Tharmendran, seorang bekas sarjan RMAF yang telah didakwa berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang, mendakwa dia ditahan dan diseksa oleh pegawai perisikan tentera selama tiga minggu berhubung siasatan kes tersebut.

Walaupun setahun telah berlalu, tetapi semunya masih jelas di mata Tharmendran, 42, siasatan dalaman tentera yang telah dilaluinya, seolah-olahnya ianya baru berlaku semalam.


Tharmendran mendakwa cara yang digemari penyiasatnya - yang didakwa diketuai pegawai berpangkat mejar dan pembantunya, juga seorang mejar - adalah memakaikannya dengan topi keledar dan berkali-kali memukulnya sekuat mungkin.

"Mereka menggunakan kayu golf dan sesuatu yang panjang seperti kayu kriket. Alasannya ialah apabila memukul topi keledar yang saya pakai, tidak ada kesan. Anda tidak dapat temui kesan apa-apapun, tapi ia adalah sakit dalaman, "katanya kepada Malaysiakini.
"Itu yang mejar (nama dirahsiakan) kata kepada saya. (Dia kata) 'Saya boleh memukul anda sekuat mana yang sama mahu, tapi tidak akan ada kesan apapun. Bahkan (jika) anda pergi menemui doktor pun, dia akan kata anda hanya sakit kepala."

Dan akibat penderaan fizikal itu, Tharmendran berkata dia menderita sakit teruk di leher serta bahu dan sukar menggerakkan lengan kirinya selama beberapa hari selepas soal siasat itu berakhir.

Dia juga mendakwa berulangkali dibogelkan hanya tinggal seluar dalamnya, disuruh berdiri di atas ketulan ais sehingga sejam, dan diancam dengan kematian.

"Saya diberitahu oleh mejar ini, yang dia mempunyai kawan dalam UTK (unit tindakan khas) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan tidak sukar baginya untuk mendapatkan beberapa orang untuk menembak dan membunuh saya.

"Seperkara lagi, dia kata, tak seorang pun akan percaya pada saya (jika saya melaporkan penyeksaan tersebut), kerana dia adalah IO (pegawai penyiasat) dan ia mempunyai kuasa. Bahkan, katanya, jika saya pergi ke hospital dan mengatakan yang saya telah diseksa oleh orang-orang ini, dia kata tak seorang pun akan percaya pada saya."

Tharmendan berkata, dia tidak dibenarkan menghubungi sesiapa pun untuk memberitahu mereka di mana dia berada selama tiga minggu tahanan.

Bapa N Nagarajah telah membuat laporan polis bulan lalu untuk melaporkan mengenai apa yang didakwa telah dialami oleh Tharmendran selama tiga minggu dalam tahanan tentera.

'Hilang maruah'

Tharmendran berkata, berat badannya merosot 20 kg selepas diseksa dan selama enam bulan dia ditahan reman di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mampu membayar ikatjamin RM150,000 berhubung tuduhan terhadapnya itu.

Dia percaya dia bukan satu-satunya yang diseksa oleh pegawai perisikan, dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 orang lagi turut melalui pengalaman yang sama atas sebab-sebab yang tidak diketahuinya. Dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap mereka.-(sumber MK)

Adun BN dihalau keluar Dewan DUN Selangor

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim hari ini menghalau Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) keluar daripada dewan.

Tindakan itu dilakukan Teng mengikut peraturan mesyuarat 44 (2) selepas bertikam lidah dengan Abdul Shukor selama kira-kira 10 minit.

"Saya perintah bawah peraturan mesyuarat 44(2) disebabkan YB degil, saya perintahkan yang berhormat keluar daripada dewan," kata Teng selepas Abdul Shukor berkeras untuk mengemukakan soalannya.

Abdul Shukur ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau disekat oleh Teng apabila enggan menyatakan peraturan mesyuarat untuk membolehkannya bangun bercakap.

[Berita penuh menyusul]

Bekas Tim. Menteri cabar felda saman, dedah mesyuarat sulit Najib


Dr Tan : Tidak Gentar Disaman

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman. 
Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar. 
 " Sila lah. Saya pun sudah cakap banyak bagaimana Najib aturkan satu mesyuarat sulit di pejabat, pada waktu itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu Pengerusi Felda pun tidak tahu, ketua pengarah pun tidak tahu. Kalau betul-betul melalui cara biasa, sesuatu perubahan plan, mesti mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah bukan? ujarnya kepada Tv Selangor. 
Semalam, media melaporkan Felda bakal menyaman tiga lagi individu dari Parti Keadilan Rakyat berhubung kes penyiaran artikel dari Suara Keadilan berjudul "Felda Bankrap". 
Mereka ialah Dr Tan, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said. 
Pada 1 Julai lalu, Felda bertindak menyaman lidah rasmi PKR itu sebanyak RM 200 juta. 
Dalam pada itu, Dr Tan terus mempersoalkan tindakan kerajaan melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang menggelarkan diri mereka pakar bio-diesel seperti yang didedahkannya sebelum ini. 
" Apa kepakaran syarikat Amerika Syarikat dalam bio-diesel yang ada yang kita tidak ada?".
" Dari hari pertama sampai sekarang sudah tiga tahun, rugi, rugi, rugi" tambahnya lagi. 
(Sumber TVS)

Ibrahim Ali terus merapu dan berlagak hero


PRU-13: Perkasa pantau 15 pemimpin, hadapi risiko ‘dipulau’

July 12, 2010
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan terbesar Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali, telah mengenal pasti hampir 15 orang tokoh politik yang dianggap memusuhi dasar perjuangannya dan akan ‘dipulau’ dalam pilihan raya umum ke-13.
Pemimpin-pemimpin itu termasuklah mereka dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Ibrahim berkata angka itu kemungkinan meningkat atau menurun menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Dalam lingkungan 15 orang sedang kami pantau... tetapi angka ini mungkin naik, mungkin turun bila sampai masa pilihan raya, mungkin mereka yang kami pantau ini berubah pendirian, di mana kami akan sokong kemudian.
“Tetapi setakat ini, kami belum ada senarai muktamad, ia akan berubah dari semasa ke semasa,” kata ketua Perkasa ini, pertubuhan yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu atas nama mahu membela kepentingan Melayu, ketika ditemui di sini.
Kata Ibrahim, daripada jumlah itu ramai merupakan wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Ramai dari PKR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ketika ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti ahli-ahli politik yang tidak akan mendapat sokongan Perkasa ketika pilihan raya umum ke-13.
Perkasa, yang sebahagian besar ahlinya bekas ahli Umno, sejak kebelakangan ini kelihatan memihak kepada Barisan Nasional.
Sementara banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum akan diadakan tahun depan Perkasa dan Ibrahim baru-baru ini memperlihatkan hubungan dingin beberapa pemimpin Umno, MCA dan PKR.
Antara dalam senarai itu setakat ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Ibrahim berkata, kriteria Perkasa sangat mudah di mana seseorang calon tidak kira parti, tidak akan mendapat sokongan pihaknya jika mereka mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka yang mengeluarkan kenyataan anti-Melayu tidak akan menerima sokongan,” tegas Ibrahim yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripada mereka dalam senarai itu.
Ketika mesyuarat agung tahunan Perkasa Mac lalu, Ibrahim memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.
“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.
“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.”
“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau sebelum ini.
Sementara itu mengulas kritikan perwakilan MIC di sini semalam, Ibrahim memberitahu ahli komponen Barisan Nasional itu kemungkinan telah salah faham dengan perjuangan Perkasa.
“Saya rasa mereka (perwakilan MIC) mendapat maklumat yang salah, saya tidak pernah menggesa agar kewarganegaraan mereka yang mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera... saya tidak pernah kata begitu,” katanya.
“Saya mengakui saya memberi kenyataan untuk mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera kerana ada orang yang berusaha untuk mengganggu-gugat hak-hak di bawah Perlembagaan negara,” katanya lagi.
Ibrahim berkata kemungkinan kenyataan agar digugurkan kewarganegaraan mungkin dikeluarkan oleh pihak lain, bukannya “saya dan Perkasa.”
“Saya tengok banyak kenyataan yang terbitkan oleh akhbar, portal dan blog bukan yang saya kata, ada yang ditokok tambah,” kata Ibrahim sambil menambah, beliau gembira kerana Perkasa sudah dikenali ramai.
“Perwakilan MIC nampaknya salah faham, tetapi saya gembira kerana mereka pun sudah mengenali kami,” katanya.
Buat julung kali nama Ibrahim dan Perkasa  pimpinannya menjadi sasaran perwakilan MIC — pertubuhan bukan kerajaan Melayu muda itu disifatkan sebagai punca perbalahan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Sehubungan itu, perwakilan MIC juga mendesak pihak berkuasa agar mengawal pertumbuhan dan perkembangan Perkasa itu dari awal-awal lagi supaya tidak menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara dan keharmonian pelbagai kaum.
“Sekarang kita dengar ada satu pertubuhan baru namanya Perkasa Setia, diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali... dia seorang yang lompat dari Barisan Nasional macam katak... siapakah dia Ibrahim Ali untuk nak ugut mereka yang memberi pandangan (tentang orang Bumiputera dan Melayu),” kata perwakilan dari Batu Gajah S. Pulligessu ketika membahaskan ucapan dasar presiden semalam.
Katanya, Ibrahim tidak ada kuasa untuk meminta kerajaan menarik balik kewarganegaraan seseorang yang memberi kenyataan mengenai kaum Melayu dan Bumiputera.(Sumber MI)