Menurut laporan The Star , Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.
“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.
Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.
Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.