Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 7 Jun 2010

Rakyat malaysia kena kelentong

Pertumbuhan 10.1 peratus negara menggelirukan


Pertumbuhan negara pada 10.1 peratus seperti yang dicanangkan oleh kerajaan tidak mencerminkan situasi yang sebenar kerana ia dibandingkan dengan suku pertama tahun 2009, di mana ketika itu ekonomi Malaysia masih berada dalam krisis.


Menurut Ketua Serantau Penyelidikan Ekonomi, Standard Chartered, Tai Hui jika tempoh masa 2008 diguna-pakai, pertumbuhan negara adalah hanya sekitar 3.5 peratus.


Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.- (Sumber MK)


Ini kerja Gomen  UMNO-APCO suka kelentong rakyat...
Apa-apapun semua ok..tapi k.o.
siapa suruh pilih BN?

mufti Selangor :haramkan judi bola

Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.
Mohd Tamyes bin Abd Wahid

"Sebenarnya hasil judi ini,itu sudah jelas, maknanya hukumnya tetap haram,maknanya hasil judi ni apa cara sekalipun memang ia adalah salah satu sumber yang dilarang oleh agama" .
"Di samping itu juga maknanya tidak ada dosa yang sehebat judi tu, kerana itu kita disuruh memerangi judi itu” tambah beliau lagi. 
"Sepatutnya maknanya tidak ada satu agensi atau lebih-lebih lagi agensi kerajaan yang hendak menghalalkan judi bukan senang orang Islam.Sepatutnya orang Islam mematuhi peraturan ketika hidup di dunia sebagaimana yang dikatakan hadis Rasullullah S.A.W : orang Islam ini mesti patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh peraturan Allah Subhanallahi Taala. Melainkan satu syarat dia tidak ikut ,kalau ini dilanggar maknanya memang boleh diperangi, contohnya menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal, jadi jika seorang Islam yang menghalalkan judi kita boleh memerangi mereka".

(sumber tvs)


maknanya....Kerajaan BnApco kena batalkan judi bola..
maknanya... Pengarah Jais kena letak jawatan...sebab pro..umno
maknanya... Umno jangan makan hasil haram..
maknanya... Umno wajib ditentang...

-----------------------------------------------------------------------
RM525 juta: Duit halal hasil judi?

Angkasanuri   
RM 525 juta, Banyak tu !!! Tan Sri Vincent Tan berjanji akan
memberi'sedekah' sebagai membersihkan dosa lesen judi
yang diberi kepada syarikatnya oleh kerajaan 1Malaysia.


Setelah menghalalkan lesen judi bola, saya tidak nampak kerajaan 
1Malaysia melihat jumlah RM 525 juta yang ingin disedekahkan
 oleh Vincent Tan sebagai duit haram.


Lagipun Vincent Tan kata itu duit untuk kerja-kerja amal kebajikan. 
Bukan digunakan sebagai 'pelaburan' untuk membeli undi atau
pun rasuah kepada mana-mana YB yanghendak menjadi 
wakil rakyat bebas.


Lagipun nilai RM 525 juta sangat banyak berbanding maruah wakil 
rakyat bebas yang dikatakan cuma  bernilai RM 2 juta je. Saya
 merasakan tidak akan ada tawaran 'sedekah' dari Vincent Tan 
kalau beliau tidak mendapat nasihat daripada pihak tertentu.


Bagi pemimpin yang berfikiran sosialis dan kapitalis mereka
tak dapat beza antara duit halal dan duit haram. Bagi mereka
duit tu sama sahaja, semua peluang yang ada mereka sapu!


Tetapi bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama 
lebih-lebih lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam, 
walaupun cuma 5 sen kalau sumber haram, ia tetap haram.


Tidak ada kaedah menghalalkan cara seperti program Loteri 
Kebajikan yang popular zaman pemerintahan Umno-Barisan 
Nasional satu ketika dahulu.


Tergamakkah pemimpin Umn0-BN yang menyokong judi 
menerima sedekahRM 525 juta dari Vincent tan untuk digunakan
membina surau atau masjid?


Jika tidak pun didermakan melalui Majlis Agama Islam negeri-
negeri untukdiagihkan kepada semua masjid dan surau sepanjang
bulan Ramadhan nanti untuk digunakan untuk majlis berbuka
puasa atau program mengimarahkan bulan Ramadhan?


Jika Umno-BN tetap berkeras ingin menghalalkan lesen judi, 
maka saya yakin mereka juga tak ragu-ragu untuk menerima 
duit sedekah dari hasil judi! Lebih-lebih lagi tokoh-tokoh agama 
dalam Umno pakat-pakat bisu dalam isu judi. 
Diam tanda setuju!
(sumber HD)


*
Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian

 Malay merdeka. Malay Merdeka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi 
daripada tulisan berkenaan.