Filem kontroversi arahan Shuhaimi Baba Tanda Putera menerima permohonan untuk tempahan tayangan di luar negara.

"Filem Tanda Putera juga menerima permohonan untuk tempahan tayangan di luar negara dan nampaknya memerlukan kehadiran pengarah dan artis juga untuk sesi dialog," menurut kenyataan di laman Facebook filem sejarah itu semalam.

Mengulas perkembangan terkininya pula, kenyataan itu menyebut, kutipan di pawagam dan tempahan khas melebihi RM1.5 juta.

Pembikinan Tanda Putera menelan belanja RM4.8 juta, tetapi angkabox office beberapa minggu lalu menunjukkan ia gagal mendapat keuntungan berbanding kos penghasilannya.

Tanda Putera ditaja oleh badan kerajaan.