Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 10 Mei 2012

Nazri Aziz bohong lagi! Buktikan jika pengerusi dan timbalan SPR bukan ahli umno!


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.


Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat.
“Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti, Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno” katanya. 
Berdasarkan pengalaman beliau menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian.
Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup.
“Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan.



Beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan ‘Wan Ahmad Wan Omar’ bukan Timbalan Pengerusi SPR. Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno.
“Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa.
“Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga ‘Wan Ahmad Wan Omar’ mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR,” tegas beliau.
Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya.
Malay Merdeka: tipu..tipu..spin..spin..akui Wan Ahmad...

Timbalan pengerusi SPR: SPR terkesan BERSIH 3.0

NONEPenarikan balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya disebabkan oleh "putar belit dan penipuan" oleh BERSIH dan pembangkang,
"Kalau itu yang terbaik, yang mahu dibuat oleh parlimen tak apalah, SPR buat saja. Dia orang spinspin (putar belit), tipu-tipu bagi mewujudkan tekanan yang kuat, terpaksalah kita tarik balik," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar. dalam majlis makan tengah hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Malay Merdeka: kejayaan Bersih 3.0.....bila nak letak jawatan tok we? rakyat dah meluat nie....

polis tak benar saya sembahyang


"Saya dibelasah teruk oleh sekumpulan sepuluh orang polis begitu juga adik saya, ditumbuk mahupun ditendang di badan.
 "Malah ketika saya jatuh mereka turut menendang muka saya menyebabkan cermin mata saya patah dan lebam di bahagian muka serta kecederaan pada bahagian hidung," cerita  Ahmad Shukri Kamarudin.
pada hari kejadian himpunan Bersih, beliau telah ditangkap pada jam 7 malam di sekitar Masjid India.
 Namum ketika itu beliau sedang berehat serta tidak mempunyai apa-apa bukti yang mengatakan beliau menyerta himpunan tersebut, malah ketika itu sudah ramai orang awam datang untuk membeli belah di kawasan berkenaan.
 "Saya berhenti rehat di kawasan tersebut bersama adik saya sekitar jam 7 malam dan ketika itu peserta himpunan telah bersurai malah terdapat orang ramai yang menghampiri kawasan tersebut untuk membeli belah.
 Terdapat sekumpulan polis lebih kurang dua puluh orang sedang berjalan di kawasan tersebut, kumpulan polis tersebut telah menghampirinya dan terus memukulnya serta adiknya.
"Sepanjang saya ke Kelab Diraja Selangor dari Masjid India sepanjang itulah saya terus dipukul sehinggakan beberapa gigi saya telah longgar akibat ditumbuk," katanya.
 Beliau turut didesak oleh pihak polis yang mahu mengetahui berapa ringgit dibayar bagi menyertai himpunan tersebut.
 Katanya, jika mengatakan tidak dibayar dan tidak menyertai himpunan beliau terus dipukul kerana polis tidak berpuashati dengan jawapan itu.
 Menurutnya lagi ketika sampai ke Kelab Diraja Selangor beliau terus dipukul dengan teruk sehinggalah ditempatkan bersama-sama tahanan yang lain.
 "Saya teruk dipukul dengan kejam tanpa belas kasihan tetapi kekejaman mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah saya juga tidak dapat menunaikan solat Maghrib sedangkan ketika itu waktu Maghrib akan habis.
 "Kecewa dengan sikap polis yang beragama Islam kerana tidak peka dalam soal ibadat, mereka sepatutnya beri peluang bukan menafikan," sambungnya lagi.


Malay Merdeka: semakin ramai luah rasa teraniaya......


Umno Tg.Karang jual lima bahagian tanah anugerah Kerajaan Selangor


:Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman mendedahkan Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.
Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah. 
Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau.“Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.“Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.“Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit,” beritahu Misran.
Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.
Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.
Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.

Malay Merdeka: dasar penyamun........

jangan menonggeng dan mengangkang.. berdiri gagah tegak dan teguh



Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.
Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum, 

Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.