Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 9 Jun 2010

Rafidah Aziz kutuk Ibrahim Ali, Perkasa: hanya bernilai 2 sen


Tan Sri Rafidah Azis menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MEB tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.
Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.
“Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini.
“Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera,” kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.
Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.
(sumber MI)

He...he..he..he..bagus tibai dan menibai....
dua-dua pakar bodek...
dua-dua dah lunyai.....
dua-dua celupar...
dua-dua..berharga 2 sen....
hah..hah..ha...ha......

Zahid Hamidi..belum muktamad..dalam kajian..

Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara jenis Scorpene masih belum dimuktamadkan, demikian Persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan kini sedang berunding dengan syarikat bagi mendapatkan tawaran dan harga yang terbaik serta menguntungkan kerajaan.
"Isu mengenai syarikat DCNS (Perancis) menawarkan €6 juta atau RM30 juta kepada Boustead Naval Corporation Sdn Bhd selama tiga tahun adalah merupakan satu tohmahan dan fakta ini adalah tidak berasas," katanya.
Tian Chua dalam ucapannya mendakwa bahawa kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam itu adalah berjumlah RM270 juta setahun serta dakwaan bahawa DCNS telah menandatangani kontrak bernilai RM128.5 juta atau €27 juta bagi peralatan sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop. - BERNAMA


ha..ha...ha....
Oops...sentiasa belum muktamad..dalam kajian..cogankata BN
ha..ha..ha..ha...