Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 16 April 2013

Kenapa Mat Taib masuk PAS

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Mantan MB selangor itu dipercayai jijik dan muak dengan kekotoran UMNO/BN yang berpolitik lucah dan tidak menggambarkan perjuangan sebenar orang melayu. Mat Taib yang sangat tegar dengan Umno sebelum ini ternyata telah tidak aktif bersama Umno sejak beberapa tahun kebelakangan.
Beliau ternyata begitu kecewa sejak selangor ditadbir oleh seorang lagi mantan MB Khir toyo. Secara diam beliau dilihat memberi sokongan terhadap kerajaan PR yang berjaya memerintah selangor.

Kita nantikan kenyataan terbuka Mat Taib pada hari pengumuman rasmi penyertaan beliau dalam PAS

Artis senja tagih simpati cari job


Kira-kira 10 orang artis veteran termasuklah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Shira Iskandar, Aznah Hamid, Kismah Johar dan Hail Amir akan menyertai programZiarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ia akan bermula dari tarikh 23 hingga 27 April ini membabitkan daerah Kuala Nerang, Kulim, Alor Merah dan Pendang.
 Pelawak AR Badul berharap, tidak pihak mempertikaikan penglibatan 10 orang artis veteran yang akan berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Kedah kerana usaha itu adalah tanggungjawab mereka yang ingin parti berkenaan kekal memerintah negara.
Malaymerdeka: Bahasa orang terengganu pelawak pelawok macam sama erti berbeza. 
Kesian artis-artis senja ni....meraih simpati...dah tak laku....

AR Badul - Minta maaf cik, lain kali aja lah, hari ni saya tak senang ...