Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 8 Mei 2010

Brickfield akan jadi little india 2 minggu lagi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Fasa pertama projek menaik taraf Brickfields sebagai "Little India" di sini akan dimulakan dua minggu lagi, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata projek yang akan dijalankan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu melibatkan kawasan dari Jalan Travers sehingga Jalan Tun Sambanthan dengan fasa pertama bernilai RM7 juta dijangka siap November ini.
________________________________________________





'Remboo jejas rezeki kami'

KUALA LUMPUR: (2010/05/07 ) ‘Remboo atau bunjut’. Itu gelaran yang diberikan kepada peniaga warga asing terutama Indonesia yang tumbuh bagai cendawan berhampiran Masjid India kini menyebabkan rasa tidak puas hati peniaga berlesen Bazar Moden Masjid India (BMMI).


BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.
BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.

Lambakan peniaga warga asing terbabit menjejaskan pendapatan 143 peniaga berlesen di Jalan Melayu dan Jalan Masjid India memandangkan mereka menjual barang sama dengan harga lebih murah disebabkan tidak perlu menanggung sewa bulanan dan lesen tapak kerana beroperasi secara haram.
Antara barang yang dijual di BMMI ialah beg, tudung, kasut, minyak wangi dan jam tangan dengan perniagaan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, hampir 30 peniaga warga asing mula beroperasi seawal jam 2 petang hingga 10 malam pada hari bekerja dan memulakan perniagaan seawal jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari minggu di depan Masjid India walaupun perniagaan dilarang di kawasan berkenaan.

Sebelum projek menaik taraf BMMI pada 2006, seramai 22 orang peniaga berlesen BMMI pernah beroperasi di depan Masjid India.

Bagaimanapun, semua mereka berpindah ke bahagian dalam atas permintaan ahli jawatankuasa Masjid India yang mahu kawasan masjid berkenaan dikosongkan demi keselesaan jemaah.

Wakil peniaga BMMI, Syed Yusof Abdullah, berkata kehadiran peniaga warga asing terbabit bukan hanya menjejaskan pendapatan mereka, malah menyebabkan peniaga BMMI dipersoalkan pengunjung apabila harga yang ditawarkan peniaga warga asing lebih rendah.

“Pelanggan kami dirampas dan peniaga asing terbabit mudah meraih keuntungan sedangkan kami perlu membayar sewa tapak RM200 sebulan dan lesen RM168 bagi tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata, bayaran sewa dan lesen menyebabkan mereka terpaksa meletakkan harga barangan lebih tinggi berbanding yang dijual peniaga asing terbabit.

Syed Yusof mendakwa peniaga asing terbabit juga semakin berani dan seolah-olah tidak takut pihak berkuasa. Walaupun pelbagai tindakan sudah diambil pihak berkuasa, ia seolah-olah tiada kesudahan.

“Malah, ada yang memulakan perniagaan seperti biasa pada keesokan harinya walaupun barang mereka dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya yang enam tahun beroperasi di BMMI.

_______________________________________________


20 pelajar bertempur

2010/05/08
SENTUL: Tidak ubah seperti ‘gengster’ muda apabila sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, bertempur ketika umat Islam sedang berpusu-pusu menunaikan solat Jumaat hingga menyebabkan lebih lima pelajar mengalami kecederaan.
Dalam kejadian sekitar jam 1.40 tengah hari semalam, dua kumpulan pelajar yang masih berpakaian sekolah terbabit bergasak dan bertumbuk selain turut menggunakan topi keledar untuk mencederakan satu sama lain.
Difahamkan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan pelajar berkenaan bertindak bergaduh di hadapan sebuah stesen minyak sebelum berlanjutan hingga ke kawasan berhampiran pondok menunggu bas berhampiran Batu 5, Jalan Ipoh, di sini.

Salah seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22, berkata kejadian pergaduhan terbabit mula tercetus sejak kelmarin apabila dua pelajar saling bergaduh dipercayai berpunca dari salah faham.

“Apa yang saya dengar salah seorang pelajar terbabit melanggar salah seorang lagi pelajar yang sedang memegang cawan minuman hingga jatuh tanpa meminta maaf. “Susulan itu berlaku pergaduhan hingga membawa kepada pertembungan dua kumpulan pelajar. Mereka bertumbuk di kawasan luar sekolah kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam (kelmarin),” katanya.

Menurutnya, kumpulan pelajar yang masih tidak berpuas hati bagaimanapun cuba membalas dendam dengan bergasak sekali lagi di luar kawasan sekolah, semalam.

“Dua kumpulan terbabit yang baru selesai sesi persekolahan pagi dilihat mula bergaduh di hadapan stesen minyak sebelum bertempur di hadapan pondok hentian bas.

“Ketika itu ada pelajar yang berdarah di mulut selain salah seorang lagi dipukul dengan topi keledar. Malah keadaan tidak terkawal apabila pergaduhan itu turut mendapat campur tangan beberapa individu tidak dikenali,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan pantas 10 kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sentul yang kebetulan berada di lokasi kejadian berjaya mengawal serta meleraikan pergaduhan terbabit dari merebak.

“Malah, sepasukan anggota polis turut dilihat memberkas beberapa pelajar yang terbabit dengan pergaduhan itu sebelum dibawa menaiki kereta peronda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan polis menahan lapan pelajar sekolah terbabit untuk diberi nasihat dan kaunseling sejurus selepas kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kelapan-lapan pelajar lelaki berusia antara 16 tahun dan 17 tahun itu ditahan di sekolah mereka selepas polis dimaklumkan mengenai kejadian pergaduhan itu oleh pihak sekolah.

“Kira-kira jam 1 tengah hari, pihak sekolah menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan itu.

________________________________________________________



Warga asing bikin onar

2010/05/07


PETALING JAYA: Lambakan warga asing di kawasan perumahan Pangsapuri Lestari, Damansara Damai, bukan saja mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penduduk, tetapi turut mencemarkan suasana.
Tinjauan Metroplus mendapati warga asing terbabit bukan saja merayau di kawasan pangsapuri, tetapi turut melepak dalam kumpulan kecil di kaki lima laluan utama blok berkenaan.
Ketua keselamatan blok, Najmuddin Omar, berkata pihaknya sudah berusaha untuk menangani masalah terbabit bagi memastikan warga asing itu berpindah namun usaha berkenaan hanya sia-sia.

“Sebelum ini, kami sudah bermesyuarat bersama persatuan penduduk bagi membincangkan masalah ini sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

“Namun, usaha kami ternyata tidak berhasil ekoran sikap ahli jawatankuasa sendiri yang mengambil mudah masalah ini, tambahan pula, ia tidak berlaku di semua blok,” katanya.

Najmuddin berkata, kehadiran warga asing di situ turut menjejaskan tahap kebersihan blok berikutan perbuatan mereka yang suka membuang sampah di atas tangga yang menjadi laluan penghuni.

“Saya bukan mahu menuduh, tetapi sejak pertambahan warga asing di blok kami, kejadian jenayah semakin berleluasa termasuklah kes pecah rumah dan curi kenderaan.

“Bahkan, tahap kebersihan blok juga semakin kritikal ekoran tindakan mereka yang membuang sampah di tangga tanpa mempedulikan arahan yang dikeluarkan ketua blok,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nik Abdullah Nik Man, 41, berkata dia bimbang kehadiran pendatang asing yang kian bertambah saban hari mengancam keselamatan penduduk pangsapuri terbabit.

“Sebelum ini, jumlah pendatang asing yang tinggal di kawasan pangsapuri ini hanya sedikit berbanding sekarang ia bertambah secara mendadak malah, datang dari pelbagai negara.

“Kami tidak menghalang mereka untuk menyewa, tetapi sikap kurang sopan dan tidak menghormati budaya masyarakat tempatan mengundang perasaan tidak selesa kepada kami,” katanya.

Nik Abdullah turut mendakwa pendatang asing berkenaan tidak mempunyai pekerjaan dan sering bergerak secara berkumpulan sama ada melepak di kawasan tempat duduk yang disediakan atau merayau di kawasan sekitar.

Bukan itu saja, katanya, terdapat sesetengah daripada mereka yang mengambil minuman keras dan mencampakkan botol arak ke tingkat bawah melalui tingkap.

Harussani kentut tak bunyi!

 Sibuk masyarakat memperkatakan tentang judi bolasepak yang akan dibenarkan oleh kerajaan UMNO-Apco. Lesen judi baru yang akan mengaut keuntungan  segera berbilion ringgit dalam tempoh pertandingan piala dunia nanti
Harussani Zakaria
.(Gambar: Tan Sri Harussani Zakaria bekas SB KDN  1964-1967)


Kerajaan UMNO- APCO menghalalkan yang haram petunjuk dari yahudi.
Ulamak Umno dan pembodek menyepi diri
mana suara Harussani ulamak pembodek Umno?
tak ada fatwa?
tak ada idea?
kentut pun tak bunyi!
bior le yop..bior...
asal tak kacau periuk nasi.....
apa saja umno buat..buat dono...
halal...halal...halal....
takbir!...Allahuakbar


Senator Ezam kotak  kena sokong.. lesen judi bola ni...
Gelaran dato' menanti....
bodek jangan tak bodek...
jawatan Ketua Pemuda Umno dalam tangan....