Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 14 April 2011

apa dah jadi? RPK hentam Anwar kaw-kaw..

Raja Petra Kamaruddin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dan menyalahkan ketua umum PKR dalam isu kepimpinan parti pembangkang.

Berikut ialah transkrip laporan daripada temubual yang disiarkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.
Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.
NONERaja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
Raja Petra: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."
Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.
Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

Raja Petra: "Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.
Raja Petra: "Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."
Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
Raja Petra: "Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."

melayu berkata:
???? terlopong dan ternganga..?
rilekslah bro...
ehem ada cerita disebaliknya... 
zaid ibrahim tersenyum kelat...

Raja Petra Kamaruddin : TV3 sensasikan dan putarbelit

Pengarang Malaysia Today  Raja Petra Kamaruddin berkata wawancara beliau dengan TV3,  menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian  Altantuya Sharibuu  dibunuh, hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan  Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Penjelasan Raja Petra menerusi laman blognya, sekali gus menempelak laporan TV3 dan media arus perdana lain yang cuba memberi gambaran kononnya beliau di tekan untuk membuat kenyataan bersumpah itu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.    

Raja Petra berkata pada Jun 2008, beliau dimaklumkan oleh seorang bernama Nik Nazmi Nik Daud,  bahawa laporan  mengaitkan Rosmah dan dua pegawai tentera kepada pembunuhan Altantuya ada dalam milik  Lt Kol  Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan Angkatan Tentera Malaysia.

Nik Nazmi ketika itu bekerja dengan Ahli Parlimen Gua Musang  Tengku Razaleigh Hamzah, kata Raja Petra .

Raja Petra berkata Nik Nazmi memujuk beliau untuk membuat kenyataan bersumpah itu dan berjanji untuk membekalkan laporan perisikan ATM berkenaan apabila tiba masanya.

Raja Petra berkata beliau kemudian meminta seorang bernama John Pang untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan laporan itu daripada Tengku Razaleigh.

Raja Petra mendakwa John, seperti Nik Nazmi,  turut bekerja dengan Tengku Razaleigh.  John mengesahkan bahawa Tengku Razaleigh mengenali rapat Lt Kol Azmi dan tahu mengenai laporan perisikan itu, kata Raja Petra.

Raja Petra  berkata seorang lagi kenalannya bernama Din Merican yang bekerja di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengesahkan bahawa  Lt.Kol Azmi sering ke pejabat Anwar dan Anwar mempercayai pegawai risik itu.

“Dengan keyakinan yang diberikan itu, saya menandatangani kenyataan bersumpah  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Raja Petra.

“Apa yang saya nyatakan dalam kenyataan bersumpah saya adalah saya di maklumkan mengenai (laporan perisikan) itu. Saya tidak pernah mengatakan ketiga-tiga individu memang hadir di tempat kejadian. Di dalam kenyataan bersumpah, saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkata itu bagi menegakkan kebenaran,” kata Raja Petra.

Justeru Raja Petra berkata laporan yang disiarkan oleh TV3 tidak membawa sebarang pendedahan baru dan beliau sedar kemungkinan wawancaranya akan diputarbelitkan.

“Selama tiga tahun saya menjelaskan latar belakang mengenai kenyataan bersumpah saya bahawa namun penjelasan itu ditolak dan mereka masih bertegas bahawa saya yang mendakwa Rosmah dan dua pegawai tentera hadir di tempat kejadian pada malam  Altantuya dibunuh,” kata Raja Petra.

Beliau berkata semua maklumat mengenai kenyataan bersumpahnya telah diberikan kepada polis namun tidak ada siasatan dilakukan terhadap individu-individu terbabit khususnya Lt Kol Azmi. 

 Raja Petra berkata beliau setuju diwawancara oleh TV3 kerana mahu menarik perhatian atas keperluan pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan kenyataan bersumpah yang dibuatnya.

“Saya tahu wawancara saya dengan TV3 akan disensasikan. Mungkin sensasi ini diperlukan supaya versi saya mengenai kenyataan bersumpah diberikan fokus yang sepatutnya. Saya membuat tuduhan terhadap Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang kedua dalam perisikan ATM, “kata Raja Petra.

Beliau berkata Nik Nazmi, orang yang mendedahkan kewujudan laporan perisikan ATM itu, kini berpaling tadah dan menjadi penyokong Datuk Seri Najib Razak, manakala John Pang kini bertugas dengan bank CIMB di Indonesia. CIMB adalah milik Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri.


Raja Petra Kamarudin (RPK) main silap mata


apakah yang sedang cuba dilakukan oleh RPK?
adakah beliau cenderung membantu Zaid Ibrahim..(zaid ada hubungan baik dengan RPK)?
atau bermain trik supaya Najib berlembut kepadanya..?
atau RPK sudah kehabisan sumber kewangan dalam pelarian..?
apakah benar beliau sudah tidak sehaluan dengan Anwar?
Kenapa semua sahabat Anwar menikam dari belakang?
Apakah kumpulan Datok T terlibat untuk RPK berpaling tadah?
RPK benar-benar mengancam?
RPK benar-benar hebat?
atau RPK adalah senjata Najib sekarang ini?(sebagaimana Ezam)
RPK mempengaruhi keputusan PRU serawak?.
Kenapa TV3 siarkan temubual semasa kempen PRU sarawak?
RPK bakal mengubah landskap politik malaysia..?
Ramai bakal meninggalkan Anwar..?