Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 8 November 2011

Presiden Mca suka seks rambang

NONE
"Sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan. kata Presiden Mca Chua Soi Lek- lapor malaysiakini.com
'low profile' dalam ertikata yang dimaksudkan ialah sembunyi-sembunyi. macam dulu ketika chua main dengan perempuan secara sembunyi-sembunyi, sorok-sorok. Tapi itu berdua-dua..kalau dah ramai-ramai nak bersorok macamana. Sedangkan kaum bani gay pula ada kelabnya dan secara terbuka anjur acara yang mereka suka. 
Presiden parti kaum cina ini tidak menolak akan kebenarannya untuk himpunan golongan sesat (seksualiti merdeka) itu. 
Timbalan Kepala polis, Khalid Abu Bakar pula mengunakan kuasanya  mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.



Makanan jamban oleh KEMAS

NONE
Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah masih tidak maju dan primitif. Selain pegawai yang cuai dan kepincangan mengurustadbir kewangan ianya juga tidak bertanggungjawab. Demikian Setiausaha kementerian itu Datuk Ibrahim Muhamad akui bilamana beliau telah menggariskan 9 perkara untuk tindakan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai-pegawai yang terbukti melakukan kecuaian akan diambil manakala semua pegawai pengurusan kewangan diwajibkan menghadiri latihan kecekapan dalam urusan kewangan.


Ketua Auditor pada laporan tahunan 2010  mencatatkan beberapa masalah dalam pentadbiran Kemas, termasuk sebuah tadikanya di Alor Setar, Kedah, didapati menyimpan bahan kering makanan di sebuah bilik air.Selain bilik air, makanan untuk pelajar berkenaan juga didapati disimpan di laci, bekas tong dan stor barangan lain yang tidak selamat, sesuai dan tidak diuruskan dengan baik.

NONE“Terdapat makanan kering yang telah disimpan terlalu lama sehingga tamat tarikh luputnya, terdedah kepada ancaman serangga perosak dan ditempatkan bersebelahan dengan bahan-bahan kimia seperti cat.

“Penyimpanan bahan makanan di tempat yang tidak sesuai boleh menyebakan ia mudah rosak dan tidak selamat digunakan,” petik laporan itu.


Barangkali menteri yang jaga kementerian itu terlupa kan kota dan bandar atau mencari kampung untuk jadi wilayah atau sering teringatkan negeri Sabah. Kebarangkalian juga pegawai kementerian sangat sukakan jamban dan bilik air atau bilik-bilik...
Pada mereka makanan dari jamban yang diberikan kepada anak-anak akan menjadi cerdas dan pintar..

-kalau dah jamban-jamban juga-


Haji Najib sudah selesai?



Tok Jib dan datin Mah dah selesai tunai haji kata tok jib melaui twiternya lapor bernama. Alhamdulillah..dapat juga tok jib mengerjakan rukun kelima.Maka Tok jib akan sentiasa mengenakan kopiah dan Tin rosmah akan kenakan tudung. maka tiadalah songkok tinggi berwarna hitam..atau akan bertukar warna menjadi unggu yang dinamakan songkok tarbus  Kalau siti nurhaliza balik haji jambulnya tetap tersembul.
Maka bila nanti setiap backdrop yang ditulis pada setiap acara majlis akan ditulis 'dirasmikan oleh...Datok Seri Haji..."
Tak sangka lah pula Mufti Perlis Dr Juanda yang juga berada di Mekah terkejut Tok Jib dah selesai hajinya.
 Berkatakan  almufti tersebut .“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu. Sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.


Wallahualam...semuga mabrurlah haji Tok Jib dan Tin Rosmah...

Malay merdeka bertukar tangan

Mulai pada hari ini malay merdeka telah bertukar tangan kepada tangan yang baru - harap maklum

Anak haram -Mufti Perlis nasihat ibu bapa cabar JPN

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan keluarga Muslim, yang berhadapan masalah meletakkan nama keluarga bagi anak luar nikah atau bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan satu-satu pasangan, agar mencabar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mahkamah jika enggan menerima pengakuan si lelaki bahawa dia adalah bapa yang sah.
Menurut Juanda, keengganan JPN menerima pengakuan seseorang bapa sebenarnya memalukan mereka dan ia amat jelas bertentangan dengan Islam lebih-lebih lagi jika sudah ada fatwa negeri sebagaimana diputuskan oleh kerajaan negeri Perlis.
“Sudah cukuplah kontradik hukum hakam ini mencelarukan rakyat Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan yang diemelkan dari Mekah.
Sehubungan itu kata Juanda (gambar), beliau menyokong kenyataan beberapa sarjana, yang dibawa The Malaysian Insider semalam, agar pihak berkuasa agama khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan dengan segera meneliti perkara tersebut.
Prof Dr Mohamad Ajmal Abdul Razak Al-Idrus dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) berkata, satu pertemuan perlu dipanggil untuk membincangkan isu berkenaan di kalangan sarjana yang berlainan aliran sunah untuk “mencari satu penyelesaian secara progresif.”
Kata beliau, sudah ada kes-kes masa lalu di mana menerima idea daripada aliran lain, antaranya berkaitan tunai haji, apabila lelaki dan wanita boleh bersolat bersebelahan, di depan atau belakang satu sama lain dan menyentuh satu sama lain secara tidak sengaja tidak membatalkan sembahyang.
“(Oleh itu) ‘menulis tidak berkenaan’ pada ruang bapa dalam sijil kelahiran akan merugikan seseorang kanak-kanak sebab ia satu bentuk diskriminasi dan melabelkan kanak-kanak terbabit dengan stigma yang dia tidak harus tanggung,” kata beliau dalam satu tulisan siaran akhbar tempatan kelmarin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia Prof Dr Mohamad Hashim Kamali pula berkata, dalam Islam seseorang bapa boleh menuntut hak keibubapaan meskipun anaknya lahir akibat hubungan luar nikah.
Kata beliau, sebaik sahaja pengesahan keibubapaan diperoleh, kesemua hak lain termasuk hak ke atas soal penjagaan dan nafkah akan menyusul dengan sendiri.
“Tidak ada anak lelaki dan anak perempuan kelas pertama, atau kelas kedua ataupun kedua ketiga apabila pengesahan keibubapaan diberikan,” kata Hashim lagi.
Sambil mengakui beliau tidak terkejut bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menerima pandangan majoriti bahawa hanya bayi yang lahir selepas enam bulan selepas satu-satu perkahwinan adalah sahih, Hashim yang menghormati pendirian badan itu menyoal sama ada pihak berkenaan melihat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai perkara berkaitan.
“Mengapa kita perlu terlalu literalis dalam fesyen ini? Mengapa Majlis Fatwa harus berfikiran bahawa mereka hanya boleh sah jika mereka mengikuti versi yang sangat menyusahkan ini?
“Masyarakat Malaysia tidak wajar dilayan dengan peraturan sedemikian,” kata beliau sambil menambah, simpati dan kebijaksanaan untuk memahami Islam dengan betul dalam era semasa.
“Ulama dan mufti kita harus sentiasa memberi perhatian kepada perkara ini,” kata Hashim mengulas laporan media bulan lalu.
Laporan media itu menyebut maklumat mengenai individu yang mengaku bapa kepada anak luar nikah kini boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan yang dikeluarkan JPN.
Maklumat itu berdasarkan pengakuan sebagai bapa bagi pasangan yang berkahwin kurang daripada enam bulan atau qamariah dan yang tidak berkahwin dengan syarat ibu dan lelaki itu menandatangani bersama borang permohonan. Ia selaras dengan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Seksyen 10 Ordinan Sabah Cap 123 dan Seksyen 11 Ordinan Sarawak Cap 10 dan Pekeliling 8/2009 yang telah diedarkan kepada semua JPN negeri pada Ogos 2009.
Penjelasan itu dibuat dalam kertas kerja oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar di Kuala Terengganu pertengahan bulan lalu.
Isu anak tidak sah taraf hangat dibincangkan apabila kerajaan negeri mencadangkan mekanisme bagi membolehkan anak-anak itu didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak itu menanggung tekanan emosi berpanjangan.
Menurut kertas kerja itu, tujuan memasukkan maklumat berkenaan adalah untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada bayi sekiranya bapa adalah warganegara Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu Khazan Che Mat berkata, cadangan kerajaan negeri agar diwujudkan mekanisme bagi membolehkan anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan bin atau binti bapanya tidak harus disalah tafsir dan dipolitikkan.
Menurut beliau, cadangan itu sebagai alternatif untuk memastikan golongan itu tidak menanggung bebanan emosi dan terhukum kerana kesalahan ibu bapa masing-masing.
Katanya, soal itu baru sahaja dikemukakan dalam kertas cadangan untuk diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Juanda menambah, Perlis sudah lama mengeluarkan fatwa berkaitan hal itu, yang diputuskan sekitar 2007 dan 2008.
“Kami sudah mendalami hal ini hampir setahun daripada pelbagai sumber Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti dari Sahih al Bukhari dan Syarahnya kitab Fathul Bari karangan ulama mazhab syafie yang terkenal, Ibnu Hajar al Asqalani dan sudah ada fatwa daripada Jawatankuasa Fatwa Perlis berkaitan hal ini.
“Ulama antarabangsa seperti Wahbah Zuhaili pun ada pandangan sebegini. Ulama peringkat dunia tidak bawa pandangan sama seperti di Malaysia. Entahlah, kenapa? Hal di Malaysia ini baru berlaku dekad akhir ini sahaja sedangkan dari dulu tidak isu ini,” kata beliau.
Mufti Perli menambah, pihaknya telah mengarahkan JPN negeri agar akur dengan keputusan fatwa negeri itu yang telah pun diperkenankan oleh Raja Perlis.
“Tetapi JPN Perlis enggan patuhi atas alasan, ia urusan dan arahan pihak persekutuan sedangkan urusan penentuan nasab keturunan orang Islam adalah urusan agama, dan urusan agama, kalau menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang undang tubuh kerajaan negeri perlis adalah hak dan urusan mutlak negeri yang dinaungi oleh Raja Perlis.
“Kami akan perjuangkan hak anak ini dan hak keluarga mereka daripada dimalukan,” katanya lagi.

Milo Suam ReJaM© bongkar ketua wanita Umno Bt. Pahat ditangkap berkhalwat

Pada Jam 3.40 pagi 6 Mac 2011 yang lalu, satu serbuan dibuat di alamat No 31 Jalan Bintang 5, Taman Flora Batu Pahat oleh Imam masjid Dato Bentara Luar, Marzaki Bin A Rasak bersama dua orang polis IPD Batu Pahat serta dua orang awam.

Ketua Wanita Umno itu ditahan di bawah Seksyen 27(1) ab ekjsi1997 (khalwat) No Report BT PAHAT/005571/11. Di bawah ini salinan report Polis yang dibuat susulan daripada serbuan tersebut.