Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 24 Julai 2013

PRK BESUT: RM250 untuk undi BN?

Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau lapor Harakahdaily.

Ahad, 21 Julai 2013

mat said sabotaj idris jusoh?


Ha...ha...ha...he...he...he..kah...kah...kah...hu...hu..hui....hua...hua..hua

Jumaat, 12 Julai 2013

Pengerusi Tabung Haji sudah pernah kesyurga

Pengerusi tabung haji sudah berada disyurga
L

Gambar Tok Jib kena hina oleh ahli umno sendiri?

mengikut maklumat yang ada pada EP, kejadian vandalisme yang berlaku ke atas gambar najib ini telah di sabotaj oleh ahli umno dan ahli UG sendiri serta ahli perkasam kerana tidak mendapat mandat sebagai pengerusi telekom atau tabung haji - Ajensi Fakap Kerajaan

Sultan Johor pandu keretapi KTM lagi

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis memandu sendiri keretapi sejauh 50 kilometer menuju ke Stesen keretapi Kluang untuk bertemu rakyat.

Baginda dijadual akan berada di Kluang selama lima hari dan selain atas urusan peribadi Sultan Johor difahamkan akan turut mencemar duli meninjau bazar Ramadan untuk bertemu dengan rakyat.

Sultan Ibrahim sebelum itu tiba di Johor Baharu (JB) Sentral kira-kira pukul 2 petang dan disambut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir dan pegawai kerajaan negeri sebelum menuju ke gerabak untuk memandu keretapi Sinaran Selatan yang dinaiki kira-kira 150 penumpang.

Baginda yang kelihatan teruja untuk memandu keretapi berkenaan sempat bertitah kepada pemberita dengan menyatakan telah merancang perjalanan tersebut sejak bulan lepas.

Persediaan mental dan fizikal juga dilakukan untuk memandu keretapi berkenaan yang mengambil masa dua jam 15 minit untuk tiba di Kluang, titah baginda.

Ini merupakan kali kelima baginda memandu sendiri keretapi selepas mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jun 2010.- AA501

Khamis, 4 Julai 2013

Kisah benar: Katak pandu teksi dipasir mas

Ibrahim Ali nak pandu teksi, jangan melawak

Aspan Alias,03 Jul 2013
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memecahkan kesunyian beliau dengan memberi khabar yang beliau mahu menjadi pemandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Saya terbaca berita ini melalui Free Malaysia Today (FMT) hari ini. Beliau berkata beliau akan memohon permit teksi dan memandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Beliau ingin hidup secara sederhana sahaja kata beliau.

Berita ini sangat menarik perhatian saya kerana Ibrahim ini sudah saya kenali dengan rapat sejak 42 tahun yang lalu, dan saya rasa tidak percaya kenyataan ini keluar dari mulut beliau. Tetapi mungkin juga beliau serius kerana manusia ini berubah mengikut umur dan kematangan masing-masing.

Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini. Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital. Bagi saya jika dinilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.

Bagi saya Ibrahim hanya layak untuk menjadi tauke syarikat teksi dan tidak boleh jadi pemandu teksi pula. Kalau ada masa sehari dua ini saya akan berjumpa untuk menasihatkan beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi, demi menjaga keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya.

Lagi pun takut-takut penumpang-penumpang terpaksa mendengar Ibrahim berceramah pula sambil memandu. Takut beliau tidak memberikan tumpuan untuk memandu dengan selamat.

Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) elok perhatikan jika ada Ibrahim memohon untuk lesen PSP yang diperlukan untuk membolehkan beliau memandu teksi. Kalau terjumpa permohonan beliau untuk lesen PSP itu, tolaklah permohonan beliau itu. Jangan bahayakan jalan raya dengan membenarkan Ibrahim Ali menjadi pemandu teksi.

Saya tahu Ibrahim tidak serius, itulah sebabnya saya menulis dengan santai sahaja. Kepada Ibrahim, janganlah buat lawak pula kerana beliau mampu melakukan kerja lain yang lebih sesuai untuk beliau.

Saya menulis ini hanya untuk mengusik Ibrahim sahaja. Jangan ambil hati. Saya bersahabat sejak 4 dekad dahulu dan saya tahu Ibrahim Ali tidak serius untuk memandu teksi, dan beliau sendiri tahu yang beliau bukanlah seorang pemandu yang cekap.

Beliau sendiri tahu yang beliau akan membuatkan ramai penumpangnya dalam ketakutan jika beliau yang memandu teksi itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Selasa, 2 Julai 2013

Mesir bergolak




























Penunjuk perasaan warga Mesir berkumpul di lua
 istana presiden di Kaherah semasa protes mendesak
 supaya Presiden Mohamed Morsi digulingkan. 
Angkatan tentera Mesir memberi amaran bahawa
 akan campur tangan sekiranya tuntutan rakyat tidak
 dipenuhi dalam masa 48 jam, selepas jutaan
 rakyat menyertai perhimpunan jalanan bagi menuntut
 peletakan jawatan presiden. Foto AFP