Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 8 April 2011

‘Sarawak macam belum merdeka


SARAWAK: Penduduk di rumah panjang Bama Nanga Risau Awik dekat Saratok tidak berpuas hati terhadap sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang meminggirkan mereka dari arus pembangunan.
Selepas lebih 35 tahun berjanji, keperluan asas seperti jalan raya dan bekalan air bersih masih tidak sempurna, bahkan kedudukan sekolah yang terletak lebih 30 kilometer dari perkampungan mereka, menunjukkan slogan rakyat didahulukan hanya omongan kosong.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, jalan berbatu kerikill sepanjang lebih tiga kilometer dari laluan utama Betong – Sibu, ditambah dengan ketiadaan bekalan air bersih, seolah-olah menggambarkan Sarawak belum merdeka.
Carlos Inpin
Anak jati kampung itu, Carlos Inpin, 17, berkata, beliau terpaksa tinggal di asrama Sekolah Menengah Seratok jauh lebih 30 kilometer kerana tiada sekolah menengah di kampung berkenaan.
“Sejak saya masih kecil, keadaan masih sama. Talian telefon pun tiada. Sepatutnya kampung ini sudah ada pembangunan macam tempat lain.
“Bila waktu petang, kami anak muda tak boleh bersukan sebab padang bola dan dewan badminton pun tiada,” kata Carlos yang membantu panya, seorang pekebun sawit.
Masalah sama turut dihadapi penduduk Kampung Tuie di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas yang penduduknya rata-rata berketurunan Melayu lantaran wakil rakyat yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah mengotakannya.
Hamidah Bakri, 43, seorang penanam padi berkata kehidupan bertambah susah apabila kemarau melanda sejak tiga minggu lalu, menyebabkan mereka terpaksa memberi air untuk keperluan harian berikutan kampung itu tiada kemudahan bekalan air.
“Penduduk kampung ini ramai, hampir 2,000 orang. Bila ada masalah air, kami terpaksa keluar ke pekan Betong untuk membelinya. Tak semua orang kampung mempunyai kenderaan.
“Jalan masuk ke kampung ini pun masih berbatu kerikil dan tiada lampu jalan. Sangat bahaya apabila berjalan pada waktu malam,” katanya.
Hamid berkata, hanya ada sebuah sekolah rendah di kampung iaitu Sekolah Kebangsaan Tuie manakala puluhan lain terpaksa bersekolah asrama di Sekolah Menengah Debak – lebih 30 kilometer dari kampung itu.
“Di sini juga tiada kenderaan awam. Anak-anak yang bersekolah asrama hanya mampu kami hantar dengan menggunakan ‘van sapu’, sebab kami sendiri tiada kenderaan,” katanya.

lelaki dalam video seks dicari


Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.

"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya

Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.
Nazri bagaimanapun tidak mengulas desakan pelbagai pihak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian pegawai Kastam, Mohd Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. -Malaysiakini

melayu berkata:
Menteri-menteri umno yang jelek..
suka menipu rakyat..cari lah betina pelacur tu..
Kenapa tak tangkap Datuk SK dan Rahim TC dan Shuib?..
bodoh punya kerja!


Azizah tidur atas dada Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mengulangi kenyataannya bahawa beliau bukan lelaki dalam video fitnah yang didalangi trio Dato T, yang kemudian disebarkan di internet baru-baru ini.
Berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Tanjung Karang malam tadi, Anwar menepis tuduhan jahat berkenaan sebagai satu lagi konspirasi politik untuk menjatuh dan mengaibkannya.
“Saya tahu apa saya lakukan dan saya juga tahu apa yang saya (sama sekali) tidak lakukan,” kata Anwar di hadapan kira-kira 1000 yang hadir untuk mendengar penjelasan beliau.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan bahawa isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail lebih mengenali beliau secara peribadi dan sebagai seorang suami.
Anwar sekaligus membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa isterinya tidak layak menafikan beliau terlibat dalam video fitnah berkenaan.
“Wan Azizah cakap dia tahu (itu bukan saya). Nazri pula mempersoal ‘Mana dia tahu?’
“Mestilah dia (Wan Azizah) tahu. (Saya ini) suami dia. Dia bukan tidur atas bantal. Dia tidur atas dada saya. Mestilah dia tahu (bukan saya dalam video itu), ” kata Anwar secara berseloroh sambil disambut ketawa orang ramai.
Anwar juga sempat menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang cuba memberi komen terhadap video tersebut sedangkan dirinya sendiri terpalit dengan begitu banyak skandal, termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
“Saya nak tanya pada Najib, bunuh orang itu bukan dosa besar? Qazaf itu bukan dosa besar? Tuduh orang tanpa empat orang saksi itu bukan dosa besar?” tanya Anwar.
Mengulas mengenai kes kematian terbaru dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anwar secara sinis berkata tidak mustahil beliau juga akan dituduh terlibat.
“Ini pegawai kastam jatuh, Anwar (juga dituduh) terlibat.(Mereka akan kata) mesti ada DNA Anwar dekat tempat kejadian.
“Teh yang saya minum malam ini, nanti (tidak mustahil) mereka ambil dan letak DNA saya pada tempat kejadian,” kata Anwar disambut gelak tawa hadirin.

TENTANG KEMATIAN SARBANI YANG MENCURIGAKAN

DIPETIK DARI BLOG TUKAR TIUB:
SURAT DARI KAKI TANGAN GOMEN:

bro, aku petik dr milosuam. Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios. =aku kakitangan gomen=

Oleh Tanpa Nama pada AWAS BERJAGA JAGA pada 11/04/07
April 07, 2011



KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL – minsider 
KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

aRWAH sARBANI TIDAK TIDUR MALAM

Foto
PILU...isteri mangsa ditenangkan ahli keluarga di luar bilik mayat HUKM.



 “Arwah berulang kali menyuarakan rasa bimbang dengan siasatan yang dijalankan ke atasnya. Dia tidak menceritakan secara terperinci mengenai siasatan itu, tapi memberitahu sering murung hingga sukar tidur malam.”
Demikian kata Ridzuan Mamat, 46, rakan karib Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan.


Ridzuan yang ditemui ketika menziarahi jenazah Ahmad Sarbini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berkata, perkara itu diceritakan arwah rakannya itu dalam perbualan telefon di antara mereka, beberapa hari lalu.

“Saya hanya menasihatinya agar tidak takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.


Ahmad Sarbini sering berkongsi cerita atau masalah dengan Ridzuan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu disebabkan hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak tinggal bersama di Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak.



Ahmad Sharbini meninggalkan seorang balu berusia 40-an dan lima anak berusia antara lapan hingga 20-an termasuk anak perempuannya yang dikatakan baru bertunang awal bulan lalu.

Seorang rakan setugas Ahmad Sarbini yang enggan dikenali pula berkata, kira-kira jam 5 petang kelmarin, dia bermain tenis bersama Allahyarham di pejabatnya di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.




“Ketika itu, arwah seolah-olah melepaskan tekanan dihadapinya. Apabila saya tanya mengenai perkembangan siasatan kes rasuah membabitkannya, dia diam dan terus meninggalkan gelanggang,” katanya.



MUHYIDIN JUAL TEMBERANG

PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian  Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.
Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun  2010.
Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.
“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.
Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.
“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.
Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.
Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.
Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.
Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.
“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.
Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.