Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.
Jumaat, 18 Februari 2011
Badrul kekal Adun P.Klang
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul HishamAbdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang.
Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.
Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.
Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu.
Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.
melayu berkata:
speaker dun negeri pakatan taada power...
siapa yang kuasai kuasa?....
Gelaaran Sultanah Johor ditarik balik
Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.
Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.
Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.
Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.[cln]
ANWAR SETUJU MAHATHIR OK POLIS KATA TIDAK
Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan kepadanya supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.
“Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.
“Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020.
Tindakan Haniff mengiakan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang dibidas Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, sebelum ini.
Menurut Kia Song, kenyataan Mahathir itu hanya akan mendedahkan lebih banyak kebenaran ketika insiden itu.
Hanif juga berkata yang beliau pernah menemui Dr Mahathir pada tahun 1987 bersama Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Rahim Noor akan keperluan untuk melakukan tangkapan besar-besaran
Malah cubaan mantan perdana menteri itu menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA hanya memakan dirinya.
Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Mahathir itu sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.
melayu berkata:
kenapa beria-ia benar mahathir nie...
seolah olah semasa pemerintahannya beliau seorang yang suci..
yang tak baik tu kerja orang lain...
memali kerja musa hitam..
isa kerja polis..
mahathir????????
mesti ada udang disebalik batu..
tunggu dan perhati....
pasti ada agendanya..
Langgan:
Catatan (Atom)