Ahad, 6 April 2014
Pemandu Ambulan cuba bunuh diri
Kuala Lumpur, 5 April
Anggota polis berjaya menghentikan cubaan membunuh diri seorang pemandu ambulans yang mengugut membakar dirinya dekat Institut Sukan Negara di Bukit Jalil (ISN), pagi semalam.
Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 43 tahun itu mengunci dirinya sendiri dalam ambulans ISN jam 9.30 pagi.
Pemandu ambulans itu dikatakan terlalu kecewa kerana gagal menghadirkan diri untuk temuduga jabatan.
“Seorang pekerja ISN memberitahu polis pemandu ambulans itu mengunci diri di dalam kenderaan itu bersama satu tin petrol,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohan Singh berkata lelaki itu mengugut untuk membakar dirinya selepas terlihat beberapa anggota bomba dan polis berada di tempat kejadian.
“Isteri pemandu itu berjaya mententeramkan suaminya sebelum lelaki itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 309, Kanun Jenayah atas cubaan bunuh diri.http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/05/cubaan-pemandu-ambulans-bunuh-diri-gagal
Langgan:
Catatan (Atom)