Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 7 Januari 2011

PRU: NAJIB PANGGIL SEMUA MP BN ESOK


Pertemuan esok, bermula 9.30 pagi akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan ahli parlimen BN  merupakan salah satu usaha untuk memenangi pilihan raya umum yang bakal diadakan kata Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Semuanya bertujuan ke arah pilihan raya umum. Saya perlu beritahu mereka, apa yang perlu dilakukan dan saya perlu tahu pendakangan mereka mengenai keadaan di kawasan mereka," katanya lagi.


Pertemuan berkenaan mengundang spekulasi sebelum ini bahawa Najib akan mengadakan pilihanraya umum bagi mendapat mandat baru.[mk]

SIAPA ORANG INI



sesiapa yang mengenali identiti lelaki ini sila emailkan
ke pejabat YB Suhaimi Shafie ADUN SRI MUDA

KHIR TOYO BENGAP DAN SENGAL

Dipetik dari blog Khir Toyo:

Bahaya Sekiranya Perlantikan SUK Ditarik Balik
14. Sekiranya perlantikan Khusrin sebagai SUK ditarik balik, ia akan memberi satu petunjuk yang tidak sihat bahawa kedudukan pegawai kerajaan ditentukan secara langsung oleh orang politik.
15. Ini menjadikan pegawai kerajaan bekerja mengikut kehendak peribadi "tuan politik" sekaligus mewujudkan gejala "pena ajaib" dan "telefon hikmat" dalam membuat sesuatu keputusan kerajaan.
16. Pegawai kerajaan yang dilantik akan sentiasa berasa terancam kedudukannya jika tidak mengikut kata Menteri Besar biarpun bertentangan dengan peraturan.
17. Adalah sangat aneh, ketika Kerajaan BN di peringkat Persekutuan berusaha menghapuskan campur tangan politik bukan sahaja dari segi pelantikan pegawai kerajaan tetapi juga dalam pemberian tender dan kontrak; kerajaan negeri dari Pakatan melakukan sebaliknya.

nota: Khir ketua pemikir Umno selangor ini terus-terusan sengal bengap dan lantoi!

kerajaan tu siapa?....
 kepala khir semakin serabut kerana kehabisan bekaln tempe..kah..kah..kah,,
otak khir dah jem..kah..kah..kah..

Nama Khusrin dicadangkan oleh bekas SUK tanpa pengetahuan MB




Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.
Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.   
Khalid berkata Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri  sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.
 "Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat  Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.
Dalam sidang akhbarnya,  beliau memberi urutan peristiwa  yang mendedahkan  peranan Datuk Ramli dalam menghasilkan  Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.    
"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan.  Pada hari itu juga,  apabila tiga nama ini telah dikenal pasti,  pihak Datuk Ramli  nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan)  nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.
Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.
"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, "  kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani. 
Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada  Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri. 
"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan,  Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.
Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah  pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.
 "Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.
Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.
"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi  berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.

nota: SUK adalah dalang dan balachi UMNO..mereka seperti Yahudi..

naik stim

rais yatim