JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid |
Seseorang bukan Islam tidak dilarang memasuki masjid jika niatnya baik
dan dibenarkan orang Islam kecuali Masjidil Haram di Mekah, kata
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Beberapa tokoh ulama tersohor dalam pemikiran Islam tidak melarang orang Islam berbuat demikian kecuali di tanah haram tersebut, kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi. "Menurut pandangan majoriti para ulama termasuk Imam Malik, Syafie dan ulama fiqh yang lain, adapun larangan khusus bagi bukan Muslim daripada memasuki masjid hanyalah terhad kepada Masjidil Haram di Mekah dan kawasan tanah suci di sekitarnya berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 28," katanya. Beliau mengulas ura-ura tindakan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) terhadap jawatankuasa sebuah masjid di DUN Seri Andalas minggu lalu yang membenarkan wakil rakyat di situ Dr Xavier Jayakumar menyampaikan ucapan di dalam tempat ibadat itu, Ogos lepas. Wakil rakyat PKR itu, yang juga exco kerajaan Selangor, dilaporkan menyampaikan ceramah ketika merasmikan satu majis berbuka puasa tetapi dakwaan itu dinafikan oleh jawatankuasa masjid. Dalam kenyataannya, JIM negeri juga berkata seseorang bukan Muslim wajar memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat berikut: - Non-Muslim diharuskan memasuki masjid selain daripada Masjidil Haram di Mekah dengan keizinan orang Islam. - Mereka harus mempunyai sebab yang munasabah untuk memasuki masjid. Oleh itu sekiranya tujuan mereka memasuki masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka hal ini adalah dilarang. - Mereka seharusnya menghormati kesucian masjid dan perlu sedar bahawa masjid adalah tempat suci bagi orang Islam beribadah. - Kedua-dua kaum lelaki dan wanita non-Muslim yang ingin memasuki masjid mestilah tidak mendedahkan aurat yakni anggota tubuh mereka yang seharusnya ditutup dengan pakaian yang bersesuaian. "JIM Selangor juga percaya bahawa sikap terbuka masyarakat Islam dengan membenarkan bukan Muslim memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat yang tersebut di atas sudah pasti memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat Islam berdakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada bukan Muslim," kata Mohd Kamal. Tambahnya, bukan Muslim pula akan melihat keterbukaan Islam dalam memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai kaum dan agama dalam negara ini. "Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain dan ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan dakwah Islam kepada bukan Muslim." Melayu: Wak Misnan Ahmad (wakil Pemuda UMNO Kota Raja) ngaji kat pondok mana...pondok durian ke nak jadi popular jangan buat isu goblok. Latuk Mat Kushrin korek dalil kat mana... Pengarah Jais ni lulusan apa... Maka Wak Misnan harus mentarbiah diri sendiri jangan sempitkan pemikiran dan jangan menyondol-nyondol tanpa ilmu yang kukuh. sebagai mewakili Umno (kononnya wakil Melayu islam) jangan membuat bukan islam jelek dengan pemikiran yang tidak terbuka. |