Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 30 April 2011

anwar terima malapetaka yang dashyat

Sejak "Dato T" mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam video tersebut.

Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional.
Kebusukan niat Dato T yang didokong oleh UMNO sudah ketara.  Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang.  Keluarga Anwar, khususnya Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar.
Kami mempersoalkan tentang tulisan Thai yang wujud dalam klip pertama dan klip terbaru, sehingga hari ini Dato T gagal memberi jawapan yang jelas mengenai tulisan Thai tersebut, sedangkan adegan itu kononnya berlaku di Kuala Lumpur.
Kini klip video terbaru jelas menunjukkan perbezaan rambut pelakon video dan Anwar.
Benarlah ayat al-Quran yang bermaksud, "Perancangan kamu dan perancangan Allah s.w.t., sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada semua perancangan."
Malangnya UMNO serta perkakas mereka cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan beban pertuduhan di atas Anwar.
Ketika Anwar memberikan keterangan kepada polis semalam, soal siasat tersebut juga tertumpu untuk meletakkan beban pertuduhan kepada Anwar.
Petang ini kita akan menyaksikan salah seorang daripada Dato’ T mengangkat sumpah di masjid.  Kejahilan mereka tentang agama jelas.  Mereka tidak faham konsep sumpah laknat sendiri yang telah diperjelaskan oleh banyak ulama' muktabar (berwibawa) dalam dan luar negara.
Seperti dalam kes sumpah Saiful dahulu, UMNO tidak berminat tentang hukum agama, tetapi hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar bersalah dengan apa jua cara.  Kita sedih melihat hukum-hakam agama dipersendakan dengan mudah untuk matlamat politik UMNO dan BN dan berharap lebih ramai ulama dan mufti yang sebelum ini lantang menjatuhkan hukum menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pencabulan hukum agama ini.
Maklumat terkini yang kami terima daripada seorang guru, seorang pegawai polis, Isa b. Abdul Rahman (SAC 1) dari Bukit Aman telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut untuk bersyarah kepada guru-guru bahawa Anwar ialah ancaman keselamatan negara dan menjelaskan Anwar sememangnya watak dalam video tersebut.
Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (innocent until proven guilty) ialah prinsip asas dalam perundangan Islam mahupun sivil tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh UMNO dan perkakas mereka apabila melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim.
Dato T juga terus bebas menyebarkan bahan lucah tanpa sebarang tindakan.  Mengapa mereka dibenarkan terus melanggar undang-undang? Jelas hujah kami bahawa tindakan mereka mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO-BN terbukti benar.
Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara dan bencikan politik kotor untuk bersama-sama menolak usaha terdesak terbaru UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua cara sekalipun.
*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kiri) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.