Isnin, 7 Februari 2011
BUBAR BALKIS : AG KALAH
Pembubaran Balkis:Mahkamah Tolak Rayuan Peguam Negara
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Kerajaan Selangor serta isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, yang kini menjadi presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan lima yang lain telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran agar semakan semula kehakiman dibuat bagi mengetepikan keputusan ROS itu.
Mereka memohon agar keputusan ROS pada 11 Februari 2009 yang membubarkan Balkis, diisytiharkan tidak sah dan terbatal serta memohon perintah agar pendaftaran pertubuhan itu dihidupkan semula.
Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2009 untuk memohon kebenaran memulakan inisiatif semakan semula kehakiman, peguam S.Selvarajah yang mewakili mereka, berkata anak guamnya telah menyumbang lebih RM6.8 juta kepada Balkis dan oleh itu telah berlaku pecah amanah apabila Balkis dibubarkan secara salah.
Pada 10 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan plaintif untuk mengetepikan notis yang difailkan Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan alasan notis berkenaan tidak menggunakan nama perayu yang sewajarnya.
Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili peguam Derek J. Fernandez dan Selvarajah, manakala Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan.- BERNAMA
ADUN BODOH P.KLANG DAPAT INJUKSI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berjaya memperoleh injunksi interim bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya daripada mengadakan mesyuarat berhubung kedudukan kerusinya yang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Selangor.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Zaleha Yusof membenarkan supaya perintah injunksi sementara itu berkuat kuasa pada petang Isnin, sehingga mahkamah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham pada 17 Februari ini.
Permohonan itu difailkan bagi menghalang SPR untuk mengambil sebarang langkah atau tindakan untuk menentukan terdapat kekosongan pada kerusi DUN itu selepas Speaker Selangor, Teng Chang Khim mengistiharkan kekosongan dalam satu sidang media yang diadakan pada 19 Januari lalu.[mso]
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Zaleha Yusof membenarkan supaya perintah injunksi sementara itu berkuat kuasa pada petang Isnin, sehingga mahkamah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham pada 17 Februari ini.
Permohonan itu difailkan bagi menghalang SPR untuk mengambil sebarang langkah atau tindakan untuk menentukan terdapat kekosongan pada kerusi DUN itu selepas Speaker Selangor, Teng Chang Khim mengistiharkan kekosongan dalam satu sidang media yang diadakan pada 19 Januari lalu.[mso]
khalid jumpa khusrin
Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru Datuk Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam pada jam 5 petang tadi.
menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan Selangor dan menteri besar seharusnya berperanan dalam pelantikan SUK.
Arahan lain Khalid kepada Khusrin:
- Menteri besar memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.
- Khalid menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
- Khusrin diminta meneruskan usaha-usaha Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri.
INI BETUL-BETUL TIPU
Penoreh Peroleh RM60,000 Sebulan Hasil Kebaikan Harga Getah
BESUT: Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
"Seorang penoreh yang mempunyai tiga hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.
Nawi berkata disebabkan peningkatan harga getah yang mendadak di pasaran itu, ramai penoreh tidak lagi menggunakan tenaga buruh asing untuk menoreh di kebun mereka sebaliknya mengusahakannya sendiri.
"Mereka juga bertindak menjaga kebun masing-masing daripada diceroboh oleh golongan untuk mencuri getah beku," katanya. - BERNAMA
NOTA: INI kenyataan adun sengal....yang dapat puloh-puloh ribu tu estet....
adun ni memang bengap kelentong rakyat tak habis-habis..budu..budu...mu makang budu cicak ke?
Kerajaan cadang naikkan harga minyak lagi?
Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong.
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.
"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini, Ahad.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.
"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia, secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.{ini ayat menteri tolol, bahlol. mengong, goblok, bangang...lanchow la...}
nota:
memetik kata tukar tiub:
lihat dan ingat akan kenyatan ini
ini satu kenyataan yang amat jelas bahawa
yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak
bukan tuan kedai pam minyak tetapi kerajaan.
kenyataan ini membuktikan bahawa harga minyak
boleh dinaikan oleh kerajaan
jika boleh dinaikan maka ianya
juga boleh diturunkan.
ini satu kenyataan yang amat jelas bahawa
yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak
bukan tuan kedai pam minyak tetapi kerajaan.
kenyataan ini membuktikan bahawa harga minyak
boleh dinaikan oleh kerajaan
jika boleh dinaikan maka ianya
juga boleh diturunkan.
macam sial...kangkang lagi..
nota: la...hal dalam seluar dalam pun nak kecoh....
tu la..sape suruh skodeng adik beradik..
kah..kah..tobatla...tobatlah...tobat...
PM panggil semua adun sarawak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) (kiri) bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (depan, kanan) ketika bertemu kumpulan pertama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sarawak di Miri, Ahad. Kumpulan pertama ADUN BN Sarawak (dari belakang, kanan) ADUN Demak Laut Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, ADUN Tanjung Datu Tan Sri Adenan Satem, ADUN Santubong Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie dan ADUN Opar Ranum Mina. Seramai 63 ADUN BN Sarawak bertemu Perdana Menteri pada Ahad. Foto BERNAMA.
facebook ke apa ke { bnerduaan diinternet] sama hukumnya mcm khalwat
Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.
“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.[hm0]
Awang Selamat si batu api
"Awang Selamat tak ada kredibiliti untuk komen tentang hal ehwal pembangkang. Dia bukan pembangkang, dia pro kerajaan (Utusan), apa hal dia nak komen pasal hal ehwal PR?"
Langgan:
Catatan (Atom)