Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 10 Mei 2014

Mahathir: Umno terus ada tapi semakin kurang sokongan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat.
    
“Tapi Alhamdulillah, Umno masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (Umno) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan,” katanya.
    
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan Umno pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul “Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle against Terrorism 1960-1990” di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, petang semalam.-Bernama
    

Air lombong bahaya. Hentikan segera Kerajaan Selangor jangan aniaya rakyat.

: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan Selangor supaya segera menghentikan penyaluran air dari kolam lombong ke sungai-sungai sebelum ia berakhir di rumah-rumah kerana ini akan menyebabkan krisis kesihatan.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya yang kebanyakannya berasaskan logam seperti besi, plumbum, nikel dan mangan.

Berdasarkan laporan penyiasatan News Strait Times yang mendapati paras besi dalam kolam lombong adalah 554 peratus melebih paras normal, plumbum (460 peratus), nikel (240 peratus) dan mangan (135 peratus), beliau berkata penemuan itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya paras sedemikian boleh menyebabkan kerosakan kesihatan kekal selepas beberapa hari meminum air berbahaya itu terutamanya oleh kanak-kanak.

Pada paras bertoksik itu, logam-logam berkenaan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem-sistem otak, saraf pusat, kardiovaskular dan pencernaan.
"Kesemuanya adalah karsinogen. Tidak ada rawatan berikutnya yang boleh menyembuhkan penyakit yang berpunca daripada logam-logam ini pada peringkat ini.

"Adalah lebih baik berdepan catuan air daripada diracuni oleh air. Kerajaan harus membatalkan rancangan yang 'bijak dan inovatif' ini kerana ia boleh membawa membahayakan kesihatan mereka yang mengguna air dari kolam lombong bertoksin," kata beliau.

Dr Tharmaseelan berkata MMA terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, dipetik sebagai berkata bahawa air yang disalurkan dari kolam lombong untuk bekalan air ke rumah-rumah telah diuji untuk oksigen dan pH.

"Sesiapa pun boleh beritahu anda bahawa air dari kolam lombong mengandungi bahan berasaskan logam yang berbahaya. Apa yang menarik, hasil ujian berkenaan tidak boleh didedahkan untuk mengelak rakyat daripada keliru.

"Sepatutnya, mereka mendidik orang ranai selain membentangkan fakta dalam cara yang mudah difahami," katanya.

Dr Tharmaseelan berkata: "Dengan kandungan air itu pasti menjejaskan kesihatan, rakyat perlulah tahu. Jaminan yang diberikan kerana mahu mengelak daripada kritikan berikutan krisis air yang berterusan, adalah perbuatan yang langsung tidak boleh diterima."

Menurutnya MMA mengakui bahawa berlakunya masalah air di Selangor dan kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk mengatasinya.

"...tetapi langkah jangka pendek dengan menyalurkan air dari kolam lombong ke sungai-sungai dan akhirnya ke rumah-rumah bukanlah jawapannya kerana ia sememangnya boleh menyebabkan krisis kesihatan.

"Ia umpama bom jangka. Justeru itu, MMA menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan bekalan air ini ke rumah-rumah," kata beliau.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/05/09/air-lombong/