Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 12 November 2011

Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan


Lim Hong Siang

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada jam 3 petang, Rabu akan datang (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya.

Menurut peguam Anwar, juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, tuduhan di bawah seksyen 128 berbunyi, "Dengan secara sengaja memberi maklumat yang palsu kepada seorang kakitangan kerajaan, dengan niat untuk mengakibatkan kesusahan, kecederaan ataupun gangguan kepada pihak lain."  Hukuman penjara enam bulan atau denda RM2000 akan dikenakan jikalau tertuduh disabit bersalah.
Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa "memberi maklumat palsu dengan pengetahuan bahawa maklumat itu palsu" adalah elemen yang penting dalam seksyen tersebut, dan perlu dibuktikan seandainya pertuduhan dibuat.  Wartawan membangkitkan apakah andaian di sebalik penyiasatan polis ini adalah "Anwar ialah pelaku video seks tersebut", Sivarasa berkata, sememangnya ia memberi gambaran sebegitu, tetapi beliau enggan membuat pengesahan kerana perlu menunggu hingga Rabu untuk maklumat yang lebih terperinci dari pihak polis.
Ahli parlimen Subang ini menambah, pegawai penyiasat kes ini, iaitu ASP Teh Boon Ang memberitahu bahawa polis memulakan siasatan ini berikutan satu aduan polis yang dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy.  Menurut Sivarasa, DSP Shanmuga Moorthy bertanggungjawab untuk kes ini ketika Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.  Bagaimanapun, punca mengapa kes ini dialihkan dari IPD Dang Wangi ke Balai Polis Kepong kekal menjadi misteri, kata Sivarasa.
Turut hadir dalam sidang media pagi ini termasuklah Naib Presiden Tian Chua, N.Surendran, ahli Majlis Pimpinan Pusat Syed Husin Ali, Khalid Jaafar, Tan Yee Kiew, Pengarah Strategi Rafizi Ramli, dan Naib Ketua AMK Azmizam Huri. Malah, sebelum mengakhiri sidang media, Sivarasa Rasiah menggunakan kata yang keras, "politik dubur" untuk menyifatkan politik kotor yang berlaku pada masa ini.
Surendran: Serangan terhadap demokrasi
Naib Presiden PKR Surendran mengecam bahawa ianya satu penganiayaan politik terhadap Anwar, dan menuntut agar segala penyiasatan kes ini dihentikan serta-merta.  "Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan satu perbicaraan politik, a new political trial against federal opposition leader Anwar Ibrahim," katanya.
Surendran (gambar kiri) menambah, "Kami tidak meragu-ragu dalam menyatakan bahawa UMNO-Barisan Nasional adalah bertanggungjawab untuk tindakan jahat yang terbaru ini."  Beliau menjelaskan, Ketua Pembangkang Parlimen diiktiraf kedudukannya, dan ditugaskan rakyat untuk meneliti dan menyoal kerajaan.  Justeru itu, ianya bukan sahaja serangan terhadap Anwar secara peribadi, malah juga serangan terhadap demokrasi.
Beliau menuntut kepada tiga pihak, iaitu kerajaan UMNO-BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara agar penyiasatan terhadap kes ini dihentikan serta-merta, memandangkan institusi polis dan peguam negara telah terbukti berat sebelah ketika mengendalikan kes terhadap pembangkang.  Lebih-lebih lagi, Peguam Negara yang terlibat dalam kes ini, iaitu Gani Patail masih belum membersihkan nama dirinya daripada tuduhan pemalsuan bukti oleh Mat Zain Ibrahim, dalam kes Anwar pada tahun 1998.
Alihkan pandangan dari "lembu duduk dalam Kondo"
Sementara itu, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata tindakan politik ini jelas bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari penyelewengan dan rasuah yang didedahkan beberapa pimpinan pembangkang baru-baru ini, misalnya "lembu duduk dalam Kondo".  Daripada maklumat yang diperolehi Sivarasa, aduan polis ini dibuat pada 8 September, tetapi Anwar hanya dipanggil dua hari yang lalu, untuk dirakam keterangan.
Rafizi (gambar kanan) menambah, pimpinan PKR sudah biasa dengan permainan politik ini, yang berlaku sejak 13 tahun yang lalu.  Mereka akan memastikan cubaan ini tidak akan berjaya, dan akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Latar belakang kes
Pada pagi 21 Mac 2011, satu video seks telah ditayangkan kepada editor dan wartawan media di Hotel Carcosa Seri Negara oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.  Malah, dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, tuduhan dilemparkan bahawa Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks tersebut.

Anwar Ibrahim, bagaimanapun memanggil sidang media pada petang itu, menafikan tuduhan tersebut.  Beliau membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Dang Wangi pada 22 Mac 2011.  Pada 23 Mac, tiga orang yang menggelar diri mereka sebagai "Datuk-T", iaitu Shazryl, Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan Shuib Lazim (bekas bendahari PERKASA) mengaku bertanggungjawab kepada penayangan video tersebut.

Isu ini terus hangat dipermainkan menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada April 2011, sungguhpun isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail menafikan bahawa pelaku dalam video itu suaminya.  Terdapat cadangan untuk menayangkan video tersebut dalam parlimen, malah ada yang mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat video tersebut.  Lebih-lebih lagi, "Datuk T" mencabar Anwar untuk bersumpah agar membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, Datuk T akhirnya dihadap ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah secara terbuka, dan ketiga-tiga orang didenda RM3,000, RM1,000 dan RM1,500 masing-masing setelah mengaku bersalah pada 24 Jun 2011.  Namun, peguam bela Rahim, iaitu Shafie Abdullah cuba merayu dengan alasan bahawa Datuk T telah melakukan sesuatu kebaikan untuk orang awam.  Malah, Shafie membacakan laporan analisis pengecaman muka oleh pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, bahawa pelaku dalam video adalah 99.9% sama dengan gambar Anwar.