Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 23 April 2013

tinggalkanlah umno ajak mat taib


Dua bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS hari ini menyeru kepada semua pemimpin Umno yang menjadi calon bebas dan dipecat menyokong Pakatan Rakyat.

(Tan Sri Muhamad dan Tamrin menunjukkan kenyataan bersama mereka kepada media)

Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib dan Tamrin Tun Ghafar dalam sidang medianya hari ini berkata, masa depan sudah tidak ada dalam Umno.

"Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia," kata kenyataan bersama mereka.

Muhamad, bekas Menteri Besar Selangor mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS semalam.

Borang permohonan menjadi ahli PAS itu diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ceramah pertama beliau di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi disertai oleh kira-kira 10,000 orang.

Tamrin pula menyertai PAS tahun lalu. Beliau kini menjelajah seluruh negara bagi memujuk semua rakyat khasnya ahli Umno agar meninggal parti itu.

(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam mendengar ucapan Tan Sri Muhamad malam tadi)

Mereka berdua hari ini menyeru "semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno, (datanglah) untuk bersama-sama kami membuat perubahan di negara kita yang tercinta ini."

Bagi mereka, tindakan 62 ahli dan pemimpin Umno yang bertindak bertanding sebagai calon bebas membuktikan perkara ini.

Umno pula telah mengumumkan pemecatan mereka sebagai ahli.

"Kami yakin tuan-tuan termasuk dalam golongan yang berani untuk berkata tidak kepada pucuk pimpinan Umno," kata mereka.

Atas nama winnable candidate  (calon boleh menang) semuanya dilakukan.

Yang tidak layak, yang bermasalah dan yang berkepentingan semuanya terpilih kerana kepentingan kumpulan dan pasukan, kata mereka.

"Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menyeru semua ahli-ahli Umno khasnya 62 ahli dan pemimpin Umno yang bertanding atas tiket calon bebas, marilah kita berpadu tenaga.

"Kita bersama arus  perubahan untuk masa depan negara yang lebih baik," kata mereka berdua.

Mereka mengajak kesemua bekas pemimpin Umni itu agar "semua bersama memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini."

Tamrin dalam sidang media itu pula memaklumkan, beberapa pemimpin tertinggi Umno menghubungi beliau bagi menyatakan keresahan mereka dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

Semalam Datuk Seri Rais Yatim turut melahirkan keresahan yang sama.

Rais seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

Calon Bebas Herman tino kekalahan awal bakal hilang wang pertaruhan

Penyanyi Hertman tino yang tidak tahu berpolitik itu mahu jadi ahli politik ternyata sudah kecundang diperingkat awal apabila isterinya tidak memberi sokongan.
Penyanyi Herman Tino sedih apabila keputusannya untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas tidak mendapat restu serta ditentang oleh isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana dia mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
"Saya sedih kerana isteri tidak menyokong keputusan saya untuk bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak bersetuju saya menentang Noh Omar di Parlimen berkenaan," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Is