Kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan Umno semata-mata tetapi melibatkan banyak tokoh lain sebelum Umno ditubuhkan, dari zaman Mat Kilau hingga ke zaman Dr Burhanudin Helmi dan Ahmad Boestamam (Pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)).
Sejarah adalah sejarah, yang penting pada masa akan datang kita kena highlightkan semua golongan yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya,” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyelar Umno kerana enggan mengiktiraf pejuang kemerdekaan selain daripada parti itu, termasuk golongan berhaluan kiri yang turut berjuang menentang penjajah. dalam Forum ‘Mat Indera: Pejuang atau Pengganas’ di hadapan lebih 400 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur semalam.
Sambutan hari kemerdekaan juga dijadikan alat propaganda oleh Umno untuk hanya menonjolkan sumbangan pemimpin dari parti itu semata-mata.