Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 24 Julai 2012

Tema Hari kebangsaan 'Janji ditepati' tema BN sakit tenat

“Macam mana slogan parti politik boleh jadi tema merdeka untuk sebuah negara? Ini teruk. ‘Janji Ditepati’ ialah slogan Barisan Nasional. Minta kerajaan tukar kepada yang lebih inklusif, yang merangkumi semangat kemerdekaan negara kita.
kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Jalan Raja Laut hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata, jika sambutan kemerdekaan ini adalah yang terakhir untuk BN, sekurang-kurangnya tema kali ini menggarap hasrat seluruh rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat (Pakatan) memberi kerajaan tempoh seminggu untuk menukar tema kemerdekaan ‘Janji Ditepati’ yang merupakan slogan Barisan Nasional, kepada suatu tema yang lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia.-KD

Mahkamah tinggi isytiharkan Bersih tidak haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

Pekan kawasan PM tiada air 7 tahun macamana nak campurtangan urus air di Selangor


(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)
Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat Pekan Pahang, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.

Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk  di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. 
Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.

Datuk Wilfred Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.

Timbalan Presiden UPKO Letak Jawatan Sebagai Pengerusi BN Tuaran

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.
Dalam satu kenyataan lewat Isnin, Bumburing berkata: “Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012.”
Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang.
Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno
“Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang,” kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO.
Bumburing, 60, telah meminta mereka yang ‘tidak sibuk dan mempunyai masa’ untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.-MS

Jabatan Perangkaan: Negeri termiskin di Malaysia terkaya bagi UMNO

Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus) mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.
Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.
Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.-MalaysiaKini.com

PM Najib nampaknya semakin kuat temberang! UMNO penipu! Kelantan tiada dalam senarai kemiskinan! Porah...
negeri termiskin Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?