Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 24 Julai 2012

Pekan kawasan PM tiada air 7 tahun macamana nak campurtangan urus air di Selangor


(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)
Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat Pekan Pahang, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.

Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk  di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. 
Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.



 "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak). 

"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk  di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. 
Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.

"Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain.

"Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat.

(Tangki ada tetapi air yang takda di kawasan PM ini)

“Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya.

"Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini.

“Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi.

Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan.

Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka.

Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP.

"Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan.

"Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya.

Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal.

Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan.

Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan.

Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan.

“Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat,” tegasnya.-HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan