Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 24 Julai 2012

Datuk Wilfred Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.

Timbalan Presiden UPKO Letak Jawatan Sebagai Pengerusi BN Tuaran

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.
Dalam satu kenyataan lewat Isnin, Bumburing berkata: “Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012.”
Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang.
Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno
“Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang,” kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO.
Bumburing, 60, telah meminta mereka yang ‘tidak sibuk dan mempunyai masa’ untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.-MS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan