Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 9 Februari 2012

Cerita Khalid Samad jumpa Pak Lah lantik Hassan Ali jadi MB dan lagi pembohongan Hassan Ali.

 Perdana Menteri (ketika itu)Tun Abdullah Ahmad Badawi bersetuju untuk melantik Hasan Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika PAS dan Umno bersatu untuk memerintah negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008. dedah Khalid Samad.

"Satu pertemuan diatur oleh beliau (Hassan Ali)  untuk bertemu Umno kira-kira 10 hari sebelum menteri besar mengangkat sumpah.
"Saya pada ketika itu mewakili beliau atas arahan pucuk pimpinan parti untuk bertemu dengan Abdullah dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo," katanya pada sidang media di Shah Alam.
Khalid turut memberitahu bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ada bersama dengannya ketika menghadiri pertemuan tersebut.
Jelas Khalid, dalam pertemuan itu Tun Abdullah menyatakan kebimbangan terhadap negeri Selangor yang hanya diterajui pemimpin Melayu dalam jumlah yang kecil iaitu lapan dari PAS dan lapan, Parti Keadilan Rakyat.
"Saya kata jalan penyelesaiannya cukup mudah...beri PAS lima kerusi tapi Abdullah kata tak boleh. Dia minta lapan pemimpin PAS lompat kepada Barisan Nasional (BN). Saya kata kenapa kita nak sertai Umno," katanya.
"Betullah kata Tuan Ibrahim bahawa dia bukan salah seorang pejuang Pakatan Rakyat. Dia adalah musuh dalam selimut yang berusaha menggagalkan misi Pakatan Rakyat. Hanya cakap dia saja yang betul.
"Oleh sebab itu, dia tidak puas hati duduk dalam Pakatan Rakyat dan berulang kali mencadangkan PAS supaya meninggalkan DAP dan PKR dengan mengemukakan bukti yang tidak tepat kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Khalid turut mendakwa Hasan gagal dalam memainkan peranannya sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima pandangan ahli lain.
Beliau turut meminta Hasan supaya menghentikan pembohongan kepada umat Islam mengenai dakwaannya bahawa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah negara republik sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.
Khalid berkata, sekiranya DAP mahu memerintah negara, parti itu perlu memenangi majoriti dua pertiga daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
"DAP hanya bertanding 46 kerusi. Anda memerlukan 112 kerusi untuk berkuasa. DAP tidak boleh memerintah Malaysia dengan sendiri. Ia merupakan perkongsian kuasa atas dasar yang dipersetujui bersama," katanya.
 Khalid Abdul Samad  yang juga Ahli Parlimen Shah Alam meminta bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali supaya mendedahkan lokasi premis rumah urut atau hotel yang dijadikan tempat maksiat di Selangor seperti yang didakwanya. "Beritahu saya di mana? Ini tidak, main tembak saja. Semua tempat refleksologi seolah-olah jadi tempat maksiat," Kenyataan Hasan yang mendakwa Shah Alam sebagai kota maksiat seolah-olah memberi gambaran bahawa pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak melakukan tanggungjawab mereka.
"Dia menempelak Datuk Bandar, MBSA, pihak perlesenan dan penguatkuasaan seperti tidak buat kerja. Khalid berkata, jika mana-mana premis didapati melakukan kegiatan tersebut secara haram, ia akan ditutup.
Kata Khalid lagi, beliau turut dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan bahawa pegawai penguatkuasaan melakukan serbuan ke atas premis refleksologi atau hotel hampir setiap minggu.
"Dia hanya cakap ikut sedap mulut dia saja. Jika dia ada bukti beritahu saya. Kalau saya ada kuasa saya boleh halang tapi saya tiada kaitan dengan MBSA," katanya.
Sehubungan itu, Khalid meminta Hasan supaya menyatakan dengan lebih terperinci mengenai dakwaannya itu.
"Apa yang sebenarnya dikatakan pusat maksiat? Jangan bohonglah. ! kata Khalid lagi menggambarkan Hassan Ali tidak bercakap benar.


Khalid Samad dedah penipuan bekas exco agama Selangor dan siapa sebenarnya Hassan Ali


Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.
Melalui tulisan ringkas ini saya Khalid Samad  ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya. Dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah.

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu. 

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor. 

Pada tahun 2008 Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan,Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya.  Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO.  Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu. Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. 

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

 Pada tahun 2011, populariti Hassan Ali jatuh, beliau tidak dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan. Semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak SetiaWalaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad. 
Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’atau ‘strategi untuk keluar PAS’. 

Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. 

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD