Ahad, 22 Januari 2012
Serangan perkauman di Jalan Kebun - Umno harus ambil bertanggungjawab - Che'gu Bard
Kenyataan Rasmi
22 Januari 2012
SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.
Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat
penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke
arah menyelamatkan negara.
Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan
Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara
ini semakin tidakterbendung.
Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini
beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama
beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru
kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional
Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar,
Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli
politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal,
pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat
hadir menyampaikan ucapan.
Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai
pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran
ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut
yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam
kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut
menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno
yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut.
Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula
menjadi trend anak muda.
Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka
Umno menjadi gusar.
Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf
secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU.
Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama
sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf
w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi
mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.
Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program
ABU di beberapa tempat.
Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program
Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu
(Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM),
cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan
MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.
Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan,
kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran
awal ialah majoriti bukan Islam.
Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula
duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira
20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian
yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India.
Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam
dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus
memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan
projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera,
namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang
pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital
kerana hampir pengsan dipukul.
Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan
senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga
yang datang berniaga kerana program tersebut agar
menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan
ringan mengalamai kerugian apabila gerainya
disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur
di tanah.
Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada
yang baru datang berjaya menenangkan keadaan.
Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke
seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira
kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya
mereka bertambah
ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin
hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang,
polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.
Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan
untuk menangguhkan program tersebut kerana
bimbang soal keselamatan dan mengelakkan
insiden tidak diingini berlaku.
Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin
bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum
bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan
Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan
berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan
selamat keluar dari kawasan kerana di keliling
dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata
bertambah ramai menjerit jerit
ugutan perkauman.
Ada orang tempatan yang mengenal penyerang
tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari
pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan
mereka yang menghalau orang India keluar kerana
ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan
serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan
kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan
kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.
Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar
Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia.
Adakah orang India sudah tidak selamat berada
dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi
paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno
menjelang PRU akan datang.
Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian
serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini.
PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman
semua tersedia dan diserahkan bersama dengan
laporan yang dibuat penganjur.
Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan.
Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke
Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi
Malay Merdeka: Polis tidak dapat berbuat apa-apa? pakai cota ke?
Pemuda Umno Jalan Kebun bertukar jadi samseng belasah hadirin di ceramah Mat Sabu
Kecoh serangan fizikal pemuda umno serang prog ABU dgn Md Sabu di Dewan MBSA seksyen 30 jln kebun.. Pemuda Umno serang dan ada hadirin yg cedera.. Now dlm dewan
Jam 10.45mlm11.05pm
dari facebook Chegu Bard:
Ceramah ABU bersama MD sabu diserang secara fizikal oleh pemuda Umno .. Ada hadirin yg cedera..peniaga2 melayu habis dirosakkan gerai.. Hanya ada dua polis gagal buat apa2..
A.B.U Asal Bukan Umno di jalan kebun
FMT melaporkan:
Ceramah yang dianjurkan oleh Asalkan Bukan Umno (ABU) / Hindraf di Jalan Kebun di sini, menyebabkan kecederaan serius kepada sekurang-kurangnya satu orang malam tadi.Salah seorang daripada sukarelawan di ceramah tersebut teruk diserang dan terpaksadikejarkan ke hospital.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 9:15 mlm sebaik ceramah tersebut bermula.
Kira-kira 30 penyerang, menghayun kayu dan topi keledar, menunggang motosikal ke tempat ceramah di dewan MBSA dan merempuh kepada hadirin dan kerusi.
Diikuti yang lainnya berjalan kaki membuang risalah ABU, membaling kerusi dan melemparkan kata-kata kesat dan melaung kepada hadirin untuk meninggalkan dewan ceramah tersebut.
"Saya percaya mereka adalah orang-orang Umno. Mereka mempunyai bendera BN dan Umno, dan memakai Umno t-shirt, "kata salah seorang hadirin.
"Terdapat beberapa pertengkaran dan salah seorang pemuda telah dipukul teruk oleh perusuh yang sukar dikawal menggunakan topi keledar," kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini yang berada di situ untuk memerhatikan ceramah.
Langgan:
Catatan (Atom)