Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 21 Januari 2012

Presiden MCA bidas kerajaan BN gagal tangani kes NFC


Kerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”, menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah “dinasihatkan dengan lemah” berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.
“Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut,” kata Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.
Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC “mempunyai masalah”, 
“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.
Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..
“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.
Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat.

Penduduk kg baru KL lahirkan kebencian pada Raja Nong Chik

Sebahagian penduduk Kampung Baru menggantung kain rentang anti Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebagai membantah isu tanah Kampung Baru, malam tadi. – Foto Jack Ooi
Sebahagian penduduk Kampung Baru menggantung kain rentang anti Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebagai membantah isu tanah Kampung Baru, malam tadi. 

Sydney morning lapor Rosmah shopping RM 325 ribu di butik.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.




Malay Merdeka:shopping lagi!....