Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 26 April 2011

ada majikan tak selaras gaji minimum pengawal keselamatan


Terdapat majikan yang belum menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka kerana masalah pengurusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Dalam pertemuan dengan persatuan-persatuan yang mewakili majikan pengawal keselamatan baru-baru ini, Subramaniam berkata beliau telah dimaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhi peraturan baru supaya menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka.
“Mereka telah bersetuju dengan proses ini bagi menaikkan gaji pengawal keselamatan, cuma mereka mempunyai masalah dalam pengurusan dan pelaksanaan dan ia mengambil masa,” katanya hari ini.
Dipetik Bernama Online, Subramaniam  berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan tentang kelewatan pelaksanaan gaji minimum tersebut tetapi ia bukan bermakna majikan boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melaksanakan penyelarasan gaji tersebut.
Beliau berkata kementerian akan memantau pelaksanaan gaji baru tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang ingkar.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baru-baru ini dilaporkan mendakwa kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia masih belum dibayar gaji minimum yang berkuatkuasa Februari lalu.
Subramaniam berkata penyelarasan gaji pengawal keselamatan mengikut zon adalah wajar kerana mengambil kira kos di sesetengah kawasan yang berbeza pada masa sekarang dan untuk mengelakkan para majikan menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi membayar gaji pengawal keselamatan.
“Kos mereka akan meningkat 100 peratus malah mungkin lebih hingga 200 dan 300 peratus sekiranya kita menetapkan gaji pengawal keselamatan dibayar sama rata seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.
Pada 15 Februari lalu, kerajaan telah menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia di antara RM500 hingga RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.
Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.
Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

E-mail 1 Malaysia penyambung hayat Tricubes


Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5 4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Khairun Zainal Mokhtar juga berkata syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen Tricubes sebelum ini berkata ia akan membelanjakan RM5 3 juta terlebih dahulu dalam membangunkan projek e-mel 1 Malaysia tetapi akan menerokai inisiatif pemakluman skim pencen can cukai untuk terus menjaga pulangan operasi Perkhidmatan myemail my dipercayai akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN KWSP mempunyai 12 72 juta anggota sehingga 31 Disember 2010 tetapi ahli yang aktif dianggarkan 6 04 juta.

campurtangan Mahathir punca Proton bermasaalah


Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpandangan campur tangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pengurusan Proton antara punca syarikat automotif itu mengalami pelbagai masalah sehingga kini.
Dalam satu kenyataan ia menjelaskan, ’minat peribadi’ Mahathir terhadap Proton turut meliputi urusan pelantikan jawatan penting, pembukaan pasaran baru, membantah penjualan saham Proton.
KPRU memberi contoh bagaimana rundingan dengan syarikat Jepun, Mitsubishi yang diketuai bekas Presiden Umno itu diselubungi ‘kerahsiaan’ sehingga mengecualikan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan syarikat-syarikat tempatan berpengalaman dalam pemindahan teknologi automotif.
“Hal ini mengakibatkan kontrak yang ditandatangani berat sebelah, lebih memihak kepada Jepun serta Mitsubishi daripada Malaysia.
“Misalnya, Proton yang seharusnya mengutamakan pasaran eksport, disekat berbuat demikian dalam perjanjian asal kerana Mitsubishi tidak inginkan Proton bersaing dengannya dalam pasaran antarabangsa,” kenyataan itu dipetik.
Menurut KPRU, tindakan Mahathir yang terkenal dengan cadangan projek penswastaan dan mengamalkan kronisme  dalam kepimpinannya, menyebabkan Proton mengalami kerugian.
“Semasa penyenaraian Proton dalam Bursa Malaysia, Khazanah menjualkan 32 peratus pegangan sahamnya bernilai RM1.72 bilion kepada Diversified Resources Bhd (DRB) milikan Yahaya Ahmad tanpa bidaan terbuka.
“Kemudian, apabila Malaysia dilanda krisis ekonomi, Petronas pula dipaksa mengambil alih 27.2 peratus saham Proton pada 29 Oktober 1998.
“Ini satu contoh klasik ”keuntungan diswastakan, kerugian dinasionalisasikan,” kata kenyataan itu.
Oleh itu, tegas KPRU, tidak menghairankan apabila kebanyakan pembekal komponen kereta Proton tidak mendapat pengiktirafan QS9000.
“Terdapat dakwaan barangan hasil mereka (Proton) banyak masalah akibat sikap ‘keselesaan’ dan ‘tidak apa’ kerana dijamin dengan kontrak jangka panjang dan mempunyai pertalian politik yang kuat.
“Dengan kata lain, naungan politik bukan sahaja berlaku pada peringkat atasan, tetapi juga meresap ke tulang rusuk Proton sehingga peringkat rantaian pembekalan (supply chain).
“Lantaran itu, rakyat Malaysia dibebani kos penyelenggaraan kereta yang berlarutan,” tegas kenyataan itu lagi.
KPRU merupakan sebuah pusat kajian yang membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. Ia memfokuskan kajian terhadap bidang ekonomi, politik dan sektor strategik yang membawa impak jangka panjang kepada masyarakat.
Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak, kajian KPRU diyakini membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad mendatang.

Kempen boikot restoran mamak Kimma

MARI RAMAI-RAMAI KITA SOKONG DAN JAYAKAN KEMPEN BOIKOT RESTORAN MAMAK KIMMA. BLOG TUKAR TIUB KHABARNYA BERJAYA MELEBARKAN PENGARUHNYA DALAM KEMPEN BOIKOT TERSEBUT. RESPON YANG  DITERIMA DARI PEMBACA/PENGGUNA DISELURUH  NEGARA MENGATAKAN KEKESALAN MEREKA TERHADAP TAHAP KEBERSIHAN RESTORAN-RESTORAN MAMAK.
PIHAK PERKUASA TEMPATAN DISERU AGAR  MEMANTAU DENGAN KERAP RESTORAN-RESTORAN TERBABIT. 

TUJUH RESTORAN MAMAK DIARAH TUTUP DUA MINGGU DALAM OPS BERSIH 4 - sinar harian

KLANG: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 4’ di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.

Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan.