Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 26 April 2011

ada majikan tak selaras gaji minimum pengawal keselamatan


Terdapat majikan yang belum menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka kerana masalah pengurusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Dalam pertemuan dengan persatuan-persatuan yang mewakili majikan pengawal keselamatan baru-baru ini, Subramaniam berkata beliau telah dimaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhi peraturan baru supaya menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka.
“Mereka telah bersetuju dengan proses ini bagi menaikkan gaji pengawal keselamatan, cuma mereka mempunyai masalah dalam pengurusan dan pelaksanaan dan ia mengambil masa,” katanya hari ini.
Dipetik Bernama Online, Subramaniam  berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan tentang kelewatan pelaksanaan gaji minimum tersebut tetapi ia bukan bermakna majikan boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melaksanakan penyelarasan gaji tersebut.
Beliau berkata kementerian akan memantau pelaksanaan gaji baru tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang ingkar.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baru-baru ini dilaporkan mendakwa kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia masih belum dibayar gaji minimum yang berkuatkuasa Februari lalu.
Subramaniam berkata penyelarasan gaji pengawal keselamatan mengikut zon adalah wajar kerana mengambil kira kos di sesetengah kawasan yang berbeza pada masa sekarang dan untuk mengelakkan para majikan menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi membayar gaji pengawal keselamatan.
“Kos mereka akan meningkat 100 peratus malah mungkin lebih hingga 200 dan 300 peratus sekiranya kita menetapkan gaji pengawal keselamatan dibayar sama rata seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.
Pada 15 Februari lalu, kerajaan telah menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia di antara RM500 hingga RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.
Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.
Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan