Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 9 Januari 2012

Apakah kerajaan UMNO/BN akan buat rayuan dalam kes Anwar?

"Keputusan bahawa Anwar tidak bersalah adalah kemenangan suara rakyat.  Najib sedar bahawa seandainya Anwar diputuskan bersalah, maka beliau terpaksa berdepan dengan gelombang Reformasi kedua.Kerajaan mengeluarkan kenyataan, memuji Najib kerana 'berani untuk melakukan reformasi demokrasi', bukankah itu pengakuan bahawa kes liwat ini adalah satu penindasan politik?  Meskipun kerajaan boleh mendakwa dirinya tidak memanipulasikan sistem kehakiman, namun pendakwaan Anwar menonjolkan satu realiti yang lebih penting, iaitu kerajaan mempunyai kawalan sepenuhnya dalam jentera pendakwaan.

Cabaran pertama yang terpampang di depan mata Najib adalah, adakah rayuan akan dibuat jikalau didesak mereka yang berpendirian keras dalam isu ini?  Jikalau begitu, maka beliau akan disamakan semula dengan Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri) kerana flip-flopnya, malah jauh lebih teruk daripada Pak Lah, kerana sekurang-kurangnya Pak Lah tidak jahat.

Jikalau Najib mahu menjadi pembawa perubahan, maka beliau perlu melaksanakan reformasi secara total untuk mendemokrasikan Malaysia.  Dalam hal ini, beliau dituntut memansuhkan akta zalim, melaksanakan reformasi sistem pilihan raya yang lebih besar, termasuk pendaftaran pengundi secara automatik, membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi dari jarak jauh, malah menghalang sayap kanan untuk terus mempermainkan isu perkauman.

Seandainya kesemua ini disempurnakan, maka UMNO tidak akan lagi kebal dari kekalahan.  Namun, hanya dengan cara sedemikian, pengundi yang bijaksana akan mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan talian hayat regim ini atau tidak.  Dengan kata lain, Barisan Nasional perlu lebih ke depan berbanding Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan.  Najib sekadar harimau yang makan sayur untuk sementara seandainya gagal melaksanakan tuntutan di atas
." -- Wong Chin Huat , pengkaji politik


Zunar: Ia mungkin tidak berakhir di situ saja
"Keputusan ini memberi satu tamparan hebat kepada Najib, UMNO-Barisan Nasional, dalam masa sama memberi satu lonjakan moral kepada Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.  Keputusan ini memberi harapan kepada rakyat, bahawa pembentukan Malaysia Baru, iaitu sebuah negara yang adil menjadi mungkin.  Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan 'tanda-tanda' sistem kehakiman menuju ke arah pemulihan.

Najib gagal mengawal sistem kehakiman dalam kes ini.  Namun, situasi ini lebih membimbangkan saya, kerana kes liwat 2 jelas sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.  Setelah gagal dengan kes ini, maka mereka akan cuba dengan kes yang lain, untuk mencapai matlamat agar Anwar dipenjarakan.

Oleh yang demikian, saya risau ia tidak berakhir di situ, sebaliknya video lucah yang sebelum ini dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim, mungkin digunakan untuk mengheret Anwar ke mahkamah lagi
 ." -- Zunar (gambar kiri), kartunis politik
Aziz Bari: BN tetap bersalah
"Dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang; malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa.  Saya melihat ini satu cubaan untuk mengurangkan kes buruk ke atas Barisan Nasional sebab kalau Anwar dihukum BN akan lebih parah.  Tetapi pembebasan Anwar ini juga akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah; mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini; BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar.  Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah.  Keputusan ini juga belum tentu menunjukkan yang badan kehakiman bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar?  Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas.  Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa.
"-- Abdul Aziz Bari (gambar kanan), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Kes Liwat 2 ini seharusnya tidak bermula.  Ia berlaku pada Jun 2008, dengan latar belakangnya di mana harga minyak naik, dan desas-desus komponen parti dalam Barisan Nasional mungkin lompat parti, pada ketika itu.  Dalam senario terkini, kes liwat II tidak memberi lagi apa-apa manfaat kepada Najib.

Lantaran daripada keputusan ini, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa yang singkat.  Sukar untuk diramalkan kesannya terhadap perkembangan politik dalam masa akan datang, tetapi ia mungkin satu permulaan yang baik untuk politik negara kita.
" -- Liew Chin Tong (gambar kiri) ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP

laporan dipetik  dari :merdeka review

MB minta Hassan Ali lepas jawatan secara sukarela

Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan  jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.  Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco.
 Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.


Sementara itu, PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.  Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani
Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Malay Merdeka: memang sengal sihassan ali...bodoh tak boleh diajar...pandai tak boleh diikut...
kesengalan yang melampau...

Letupan dimahkamah jalan duta...siapa punya angkara?

lihat..dan lihat..teliti kenapa kereta buruk yang jadi mangsa letupan....Police inspect one of the three blast locations outside the Kuala Lumpur High Court on January 9, 2012. The blasts occurred soon after Datuk Seri Anwar Ibrahim was acquitted. – Reuters pic

saifool mahu pendakwaraya buat rayuan ke mahkamah rayuan

 Saiful bukhari azlan yang mengaku jubornya di tusuk berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. Dalam tulisan terbaru di blognya,Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.


"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.


Saifool redha keputusan mahkamah..komen saiful



 Saiful Bukhari Azlan 

Tidak di dunia, di Masyar pasti. Yg Pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dgn tenang, tiada lg berhutang "Kebenaran" dgn sesiapa. InsyaAllah

 Saiful Bukhari Azlan 

Redha apa jua keputusan. Kpd Allah sy berserah. Akn terus doa, istiqamah & sabar.Tk diatas doa & sokongan. Sama2 doakn agr kebenarn bangkit.
Retweeted by beautiful! 10.35am: Anwar's daughter Nurul Izzah tweets a photo of her parents hugging after the verdict is heard:

Anwar tak bersalah siapa liwat saifool

sorakan gembira penyokong anwarpic.twitter.com/x93sY8Yo

Anwar dibebaskan..tidak bersalah


LAPORAN LANGSUNG
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. 

berita bergambar live perhimpunan 901


9.00am-Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Mahkamah Jalan Duta.


media asing turut beri liputan

gambar sekitar perhimpunan 901-live

8.30am - sekitar perkarangan mahkamah (gambar PDRM)


8.25am- Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan kepada pihak media sambil ditemani isteri dan ahli PKR keluar dari rumahnya menuju ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menghadiri keputusan kesnya. 
8.24am -Adam Adli dan Safuan Anang sampai di perkarangan mahkamah.


sokong kepada Anwar 901hari ini. Liputan langsung dari Jalan Duta

Jam  8.00 pagi 9/1/2012
penyokong yang tiba memakai topeng Anwar pagi ini.
Antara gelagat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhimpun di Perkarangan Mahkamah Jalan Duta
perkarangan parking mahkamah jalan Duta