Cabaran pertama yang terpampang di depan mata Najib adalah, adakah rayuan akan dibuat jikalau didesak mereka yang berpendirian keras dalam isu ini? Jikalau begitu, maka beliau akan disamakan semula dengan Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri) kerana flip-flopnya, malah jauh lebih teruk daripada Pak Lah, kerana sekurang-kurangnya Pak Lah tidak jahat.
Seandainya kesemua ini disempurnakan, maka UMNO tidak akan lagi kebal dari kekalahan. Namun, hanya dengan cara sedemikian, pengundi yang bijaksana akan mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan talian hayat regim ini atau tidak. Dengan kata lain, Barisan Nasional perlu lebih ke depan berbanding Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan. Najib sekadar harimau yang makan sayur untuk sementara seandainya gagal melaksanakan tuntutan di atas." -- Wong Chin Huat , pengkaji politik
Najib gagal mengawal sistem kehakiman dalam kes ini. Namun, situasi ini lebih membimbangkan saya, kerana kes liwat 2 jelas sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Setelah gagal dengan kes ini, maka mereka akan cuba dengan kes yang lain, untuk mencapai matlamat agar Anwar dipenjarakan.
Oleh yang demikian, saya risau ia tidak berakhir di situ, sebaliknya video lucah yang sebelum ini dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim, mungkin digunakan untuk mengheret Anwar ke mahkamah lagi ." -- Zunar (gambar kiri), kartunis politik
Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini; BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.
Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah. Keputusan ini juga belum tentu menunjukkan yang badan kehakiman bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.
Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa."-- Abdul Aziz Bari (gambar kanan), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Lantaran daripada keputusan ini, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa yang singkat. Sukar untuk diramalkan kesannya terhadap perkembangan politik dalam masa akan datang, tetapi ia mungkin satu permulaan yang baik untuk politik negara kita." -- Liew Chin Tong (gambar kiri) ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan