Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS. Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco.Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.
Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.
Sementara itu, PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.
Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail. Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.
"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.
Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani
Malay Merdeka: memang sengal sihassan ali...bodoh tak boleh diajar...pandai tak boleh diikut...kesengalan yang melampau...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan