Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 27 Jun 2012

MP Umno mengaku sangat bodoh dan dungu


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional (BN).
 
Tengku Adnan berkata, BN mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang.

Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.

Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad  mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Malay Merdeka:  malang sekali ..golongan pemimpin Umno dungu dan bebal...

Persiapan PRU: MT BN bincang Jumaat ini


 Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bertemu Jumaat ini pada jam 8 malam di Menara Datuk Onn, PWTC - untuk membincangkan beberapa isu politik terbaru dan juga yang pasti tentang persiapan jentera pilihan raya umum setiap parti komponen.
Untuk rekod, BN dianggotai oleh 13 buah parti komponen dengan Umno, MCA dan MIC merupakan tiga parti pengasas dan komponen utama.
MT Umno telahpun selesai mengadakan mesyuarat mereka Jumaat lalu danwalaupun Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai persiapan pilihan raya umum tetapi adalah difahamkan sebahagian besar mesyuarat itu dihabiskan untuk melihat dan menilai status terkini persiapan jentera pilihan raya setiap badan perhubungan Umno Negeri.
Setiausaha Bahagian Media, Ibu Pejabat Umno Malaysia, Ahmad Kamal Zailani ketika dihubungi mStar Online pada Selasa mengesahkan bahawa Mohd Najib akan mempengerusikan mesyuarat MT BN tersebut Jumaat ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apakah persiapan jentera pilihan raya merupakan sebahagian daripada agenda mesyuarat.
Namun mStar difahamkan menerusi satu sumber lain bahawa mesyuarat MT BN itu akan mengakses persiapan jentera dan persiapan bilik gerakan setiap parti komponen seandainya pilihan raya akan diadakan tahun ini.
Berada paling utama di dalam senarai ialah apakah parti-parti komponen yang lain telah mengenalpasti calon-calon yang bakal diketengahkan, senarai muka baru dan lama yang perlu dan akan dikekal.
MStar difahamkan Umno telahpun melalui proses dua kali menilai senarai calon-calon mereka sementara parti-parti utama BN yang lain juga turut melakukan penilaian yang serupa.
Mesyuarat Jumaat ini difahamkan akan mengemaskini senarai-senarai tersebut dan membuat penilaian terhadap persiapan masing-masing.
Adalah difahamkan juga, pengerusi BN mahu menilai sejauh manakah kemampuan BN untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka pegang sekarang dan juga pada masa yang sama beliau juga ingin mengetahui apakah harapan yang ada untuk merampas kembali kerusi parlimen yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan kuat BN. - Rozaid A.Rahman- Mstar

Video bodoh bodoh bodoh!


NONE Khairul Nizam Abdul Ghani, seorang penulis blog adukataruna.blogspot.comberkata, beliau menerima tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya. Beliau yang merupakan pegawai media dan penganjur perhimpunan 'Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan' itu dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.-MK



Malay Merdeka:samseng..ganas ..budaya Umno sudah