Selasa, 20 Mei 2014
Pesalah trafik perlu dibawa ke Mahkamah Majistret, bukan terus dilokap
Oleh: AFIX REDZUAN media selangor
SHAH ALAM 20 MEI: Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan ditahan polis perlu dibawa terus kepada Mahkamah Majistret untuk memberikan penjelasan mengenai saman yang mereka.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata kuasa menggunakan waran tangkap adalah dalam kes yang amat perlu seperti seseorang yang disaman berulangkali dan diminta hadir ke mahkamah namun masih enggan berbuat demikian.
“Kalau waran tangkap sudah dikeluarkan itu memang ada prosiding mahkamah, tidak adil juga waran tangkap dikeluarkan.
“Dalam keadaan itu tangkapan boleh dibuat, tapi tidak boleh ditahan di lokap.
“Apabila tangkapan seperti itu dibuat mesti bawa terus kepada majistret dan beri peluang kepada orang tersebut untuk menjelaskan jumlah yang perlu dibayar saman itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Sebelum ini, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latif dilaporkan berkata Pesalah trafik yang memiliki waran tangkap akan terus ditahan di lokap jika mereka masih enggan menyelesaikan waran.
Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff yang turut mengulas perkara ini menyatakan prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 – Seksyen 43.
Katanya, Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
EZY
Jabatan Agama Islam Selangor tempang dan gopoh
Dr Mohd Asri (kanan) bersama peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Hakim Shaiful Azli Jamaluddin berkata, pihak pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan wujudnya kes terhadap tertuduh.
Mahkamah juga mendapati pendakwaan terhadap Mohd Asri adalah lemah tanpa disokong bukti-bukti lengkap yang boleh disabitkan bersalah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah.
"Mahkamah mendapati melalui keterangan saksi, pihak pendakwaan tidak dapat menyatakan dan memastikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh tertuduh pada malam kejadian.
"Didapati juga pasukan serbuan pada malam tersebut bertindak terlalu cepat untuk menangkap tertuduh kerana mereka sepatutnya menunggu lebih lama dan membuat penelitian apakah yang sebenarnya dilakukan oleh tertuduh," katanya.
Menerusi penghakimannya juga, Shaiful Azli menolak keterangan saksi apabila mendakwa Mohd Asri sedang mengajar hal-hal berkaitan dengan agama Islam hanya berpandukan hujah bahawa tertuduh berada di hadapan sejumlah orang.
"Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini yang tidak disokong dengan sebarang bukti.
"Persoalan bagaimana tertuduh mengajar agama Islam semasa kejadian tidak dapat dijawab dengan jelas," katanya.
Selain itu menerusi keputusannya juga, Shaiful Azli menegur pasukan siasatan dan serbuan agar lebih efisyen dan cermat dalam melaksanakan tugas.
"Serbuan yang tergopoh-gapah menyebabkan keterangan menjadi tidak lengkap dan meninggalkan lompang.
"Lemahnya siasatan boleh dilihat apabila pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan 'ikut keadaan' sedangkan pasukan serbuan yang terlibat adalah ramai. Di mahkamah, keterangan ditimbang bukan dibilang," katanya.
Pada 18 November 2009, Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang.
calon bebas prk gelugor macam pondan
Jelas dia ni bukan ahli politik....dia ni dengan cerah sebagai penyibuk dan penyemak...kalau nak berpolitik mesti masak sepak terajang dlm politik..ini nangislah...apa jadah.....
nasihatlah dia ni balik peluk bini lagi baik...dahlah takda nama dalam politik...orang tak kenal pun...
Dite
|
|
|
Abu Backer Hampir Tarik Diri, Kecewa Tak Dapat Liputan Media
Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 1:58 PM
GEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan mengakui hampir menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media.
Ketika ditemui pemberita hampir sejam di lobi sebuah hotel di sini, Abu Backer yang juga seorang peguam menitiskan air mata kerana merajuk dengan media tempatan.
"Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding jika tiada kebebasan media. Saya bawa isu rakyat tetapi tidak mendapat liputan media.
"Saya tidak berlakon (menangis)... saya bukan nak jadi artis. Saya ikhlas ingin membela nasib rakyat. Apabila saya bawa isu rakyat, media tak cover... bila ada majlis Guan Eng hangpa (media) pergi," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)