Jumaat, 5 April 2013
DS ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN PALING BERKALIBER - umcedel
80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Menurut Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali, negeri terlibat adalah negeri di bawah pemerintahan BN – Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, selain Selangor.
Beliau berkata, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.
“80 peratus lagi tidak percaya langsung. Mereka (responden) anggap ini sebagai perkara yang sengaja diada-adakan,” katanya.
Amer berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar pada Seminar PRU 13 ‘Memperkasakan Demokrasi’ anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM, semalam.
Beliau selanjutnya hairan berkenaan dakwaan kononnya Ketua Umum KEADILAN itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir.
“Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.
“Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin. Perkara ini yang perlu diberi perhatian di sebalik serangan pelbagai pihak kepada beliau,” katanya dipetik Media Selangorku.
Langgan:
Catatan (Atom)