Mufti Perak yang sering menimbulkan kontroversi, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya
Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi. - (Bernama)
Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong pertemuan kepemimpinan parti itu dengan UMNO untuk membincangkan cadangan supaya kedua-dua parti menjalin kerjasama bagi memastikan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Ketuanya, Nasruddin Hassan, berharap pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi kenyataan sebagai langkah awal untuk memulakan pertemuan yang lebih banyak selepas itu. (berita harian)
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.
Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.-(Utusan Malaysia)
tiga hari dahulu – tak caya ada orang
bemimpi siang dan malam untuk dapat
kuasa – jangan terpengaruh dengan janggut
dan serban – dalam realpolitik agendanya
ialah kuasa bukan janggut dan serban kah kah kah
(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa.