Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 30 April 2012

55 tahun keganasan polis tak pernah berubah – Mapim


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat polis apabila berhadapan kemarahan rakyat hanya kerana mahu mengekalkan kuasa secara jijik.
Menyifatkan tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap peserta Bersih 3.0, sama seperti dilakukan dalam perhimpunan sebelum ini, memberikan interpretasi kepada rakyat bagaimana agensi itu dijadikan kuda tunggangan kerajaan.
Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, tindakan ganas polis itu tidak pernah berubah sejak zaman penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka yang masih sama.
“Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.
“Dari barat hingga timur, tidak ada beza polis dalam bertindak, yang mereka tahu membelasah, memukul dan menembak ke arah pendemonstran yang tidak bersenjata,” katanya pada kenyataan.
Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebelahi polis dengan kenyataan ‘dangkal’ sengaja menghina rakyat.
“Kenyataan Perdana Menteri mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan.
“Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan, bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata-kata keras,” katanya.

Keganasan polis seperti zaman Hitler dan Stalin – Anwar


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keganasan Kerajaan Umno BN terhadap peserta Bersih 3.0 menyerupai pemerintahan kuku besi pada zaman Adolf Hilter di Jerman dan Stalin di Kesatuan Soviet.
Beliau berkata, Umno BN tidak mempeduli tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih, sebaliknya menjadikan mereka mangsa keganasan.
“Pemerintahan kuku besi di mana-mana sahaja tidak akan menyebut punca kemarahan rakyat, tidak mempeduli tuntutan rakyat tetapi menjadikan rakyat sebagai mangsa.
“Ia sama seperti pada zaman Hitler, Starlin, Burma (sebelum ini). Mereka yang membantah akan menjadi penjenayah, (manakala) penindas dianggap bersih,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Anwar berkata, kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menarik ratusan ribu rakyat hadir merupakan hari ‘merdeka’ rakyat.
Beliau berkata, kehadiran rakyat diibarat pesta yang dahagakan kebebasan dan pilihan raya adil.
“Lebih 300,000 rakyat hadir menuntut pilihan raya adil dan bebas. Dengan satu suara, anak muda, wanita, rakyat biasa dari semua kaum dan (lapisan) umur datang dengan kekuatan dan semangat untuk menuntut kebebasan dan mahu keadilan ditegakkan.
“Mesej mereka jelas, negara merdeka tidak boleh memperhamba dan memperbodohkan rakyat. Bersih 3.0 adalah impian rakyat Malaysia bahawa keabsahan pemerintah sekarang dan masa depan mestilah diputuskan melalui demokrasi yang bersih,” katanya.

POLIS TAK IKUT SOP - KPN


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).

Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.
Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu.

SPR pun harus dibersihkan! Pengerusi dan Timbalan SPR wajib letak jawatan!

PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.



malaymerdeka: Piliharaya tidak akan adil selagi pengerusi dan timbalannya yang ahli Umno ini menerajui SPR! Sampai bilapun pembangkang akan kena main! kena tipu!...tuntutlah apapun...biarpun perhimpunan bersih keseratus kalipun selagi malaon dua ekor ini ada... Pilihanraya tetap jadi penipuan UMNO.

Terbongkar! penyamaran polis diBersih 3.0


Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.
 Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…