Pengumuman Universiti Selangor (Unisel) mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya, BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan.
Pada peringkat awal BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat PTPTN sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.
Zaman untuk menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ politik telah berakhir. Penarikan semula PTPTN terhadap pembekuan pinjaman terhadap siswa di Unisel dan Kuis hari ini. dipercayai ekoran kecemburuan Kerajaan Pusat terhadap pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim semalam bahawa Unisel akan mencairkan asetnya bagi membantu siswa meneruskan pengajian.
Aset itu merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam.
Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini dan sebahagian wang berkenaan akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniaya akibat dari tindakan pengkhianatan kerajaan BN membekukan PTPTN.