Komen:laporan ini memualkan...seperti sudah dijangka namun berat memperkatakan...Anwar Ibrahim pasti akan dikaitkan...apakah semuanya terungkai selepas PRU Kajang? Imbas dahulu semasa kes Lahad Datu..Anwar juga cuba dikaitkan...masyaAllah...
Ahad, 16 Mac 2014
Apa saja pasti Anwar Ibrahim terbabit: Kapten Pesawat MH370 Seorang 'Aktivis Politik',penyokong kuat Anwar Lapor The Mail
The Mail pada Ahad difahamkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber polis mengesahkan kepada akhbar harian itu bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.
Simulator penerbangan buatan di rumah Kapten Zaharie
Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa.238 penumpang dan anak kapal.
Polis pada Sabtu melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di pinggir bandar Shah Alam dekat Kuala Lumpur, di mana beliau telah memasang satu simulator penerbangan buatan.
Tetapi akhbar harian ini boleh mendedahkan bahawa penyiasat telah menghabiskan masa pada minggu lepas bagi memeriksa dua komputer riba yang dikeluarkan dari rumah Zaharie ini. Satu daripadanya dipercayai mengandungi data dari simulator.-ms
Komen:laporan ini memualkan...seperti sudah dijangka namun berat memperkatakan...Anwar Ibrahim pasti akan dikaitkan...apakah semuanya terungkai selepas PRU Kajang? Imbas dahulu semasa kes Lahad Datu..Anwar juga cuba dikaitkan...masyaAllah...
Komen:laporan ini memualkan...seperti sudah dijangka namun berat memperkatakan...Anwar Ibrahim pasti akan dikaitkan...apakah semuanya terungkai selepas PRU Kajang? Imbas dahulu semasa kes Lahad Datu..Anwar juga cuba dikaitkan...masyaAllah...
Langgan:
Catatan (Atom)