Khamis, 8 Mei 2014
MB Baharu Terengganu
Hampir pasti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman akan menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Beberapa sumber memberitahu The Star bahawa Abdul Razif, yang juga anggota exco, diminta untuk bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka berkata, arahan untuk Abdul Razif supaya bersiap sedia bermakna bahawa beliau harus berada di Kuala Lumpur untuk menerima surat itu.
Abdul Razif berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat exco mingguan pada Rabu.
"Beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Beliau menerima panggilan dari Putrajaya pada malam Selasa meminta beliau supaya berada di Kuala Lumpur hari ini (Khamis)," tambah sumber itu.
Abdul Razif, 49, merupakan salah seorang daripada dua Adun dikatakan akan dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
Ulama muda Umno yang jahil
Dari The Malaysian insider:Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
adakah ini bahasa seorang ulama? ini ala..mak...ma..mak..siat..
Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.
"Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.
"Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.
"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.”
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan kenyataan setiausaha Ilmu itu dan mengatakannya sebagai tindakan biadap.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.
Langgan:
Catatan (Atom)