Ramai yang sudah menjangkakan perkara ini.
Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak?.
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi."Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.' Last-minute ' perkara ini dilakukan memang kemungkinannya sudah dirancang lebih awal. Ia agar dilihat bahawa desakan ini daripada Saiful dan bukannya dari pimpinan Umno.
Selain dapat melihat respon rakyat dan PR serta risiko pelepasan anwar ibrahim menjelang pilihanraya 13.
Satu survey juga telah dilakukan dalam masa 10 hari selepas keputusan tersebut. Ianya menampakan rakyat terutamanya kaum cina memberikan simpati pada anwar dan kecondongan yang lebih kepada PR.
Apakah sandiwara kes Negeri Perak akan berulang? Beberapa pemimpin PR meramalkannya. Naib Presiden Pas Mat Sabu sudah menjangkakan dan berasakannya sebaik saja keputusan pembebasan Anwar.
Saiful terus memainkan wataknya melakonkan seperti yang diarahkan!
Malay Merdeka: Ramai yang dapat meramalkan akan keputusan mahkamah rayuan nanti....
sendiri mau ingat!.....flip-flop..