Rambut bergentel umpama tali guni ini dinamakan dreadlock. Beberapa anak muda yang beramabut begitu dan berpakaian warna-warni seperti bendera Afrika pula dinamakan Rasta..atau penuhnya Rasta-farian...atau disebut juga Rastaman.
Rasta dan dreadlock mempunyai sejarah yang menarik. Ia bermula sekita tahun 1930an di Afrika apabila menggelegaknya semangat penduduk kulit hitam untuk bangkit sebagai bangsa yang bermaruah dan bersatu.
Mereka mahu warga kulit hitam tidak mahu dihina dan ditindas seperti yang dilakukan oleh masyarakat kulit putih.
Pada ketika itu, Haile Selassie
Dari sinilah mencul perkataan Rastafari. Ras bermaksud ketua dalam bahassa Ethiopia dan Lij Tafari Makonmen, nama asal Selassie 1.
Ethiopia adalah satu-satunya negara Afrika yang tidak pernah dijajah oleh kolonial Barat. Apabila Selassie 1 menjadi maharaja, baginda menjadi satu-satunya raja kulit hitam yang diakui kedaulatannya oleh raja-raja diseluruh Eropah. Satusnya dianggap sangat mulia. Malah baginda dianggap bukan lagi sebaris dengan raja-raja kulit putih, tetapi menyamai Tuhan....
Selassei 1 dikatakan akan memimpin seluruh masyarakat kulit hitam kedalam sebuah kerajaan yang penuh dengan kehormatan, kebebasan serta keredhaan tuhan.
Gerakan Rastafari bermula dengan lebih jelas dikalangn petani dan kelas pekerja Jamaica yang hidup sengsara dan tertekan. Ia membawa semangat untuk mengembalikan semula rasa cinta manusia kepada sesama makhluk, maruah diri dan kehormatan masing-masing. Mereka mahukan kebebasan spiritual serta menentang perhambaan.
Rastafari mendoktrinkan kesetiaan kepada impian Zion (bermaksud Syurga dan Ethiopia) serta menggelar masyarakat barat sebagai Babylon. Mereka membenci kenagkuhan orang kulit putih yang menganggap kononnya mereka makhluk kelas atasan manakala Negro makhluk kelas bawahan yang cuma layak ditindas serta dizalimi.
Pada ketika inilah muncul Marcus Garvey
Kumpulan Rasta dengan segera menyanjung Garvey. Malah Garvey bukan sekadar diangkat menjadiu hero, tetapi juga sebagai Nabi John the Baptist kedua!
Lantas supaya api semangat itu dapat dilihat dengan lebih jelas, kumpulan Rasta ini membina identiti tersendiri. Yang pertama dilakukan ialah membuat rambut bergentel-gentel macam taliguni , yang mereka namakan ' dreadlock'.
Fesyen itu bukannya dicipta membabi buta , tetapi berdasarkan kitab Nazarite Judaism yang menyebut 'orang-orang yang suci itu mestilah membiarkan ikatan-ikatan pada rambut dikepala mereka itu memanjang'.
Identiti itu juga diwujudkan bagi membezakan antara mereka yang mempunya rambut dengan masyarakat kulit putih yang bermbut lurus yang mereka gelarkan sebagai botak.
Rambut dreadlock itu turut membawa simbol 'Singa Judah'. Golongan Rasta ini menganggap
sikat, gunting dan pisau cukur ini adalah ciptaan masyarakat babylon dan Rom. Orang Rom dan Babylon berkulit putih, mereka adalah penindas. Ajaran Judaism dari kitan Leviticus juga menyuruh pengikut dan penganutnya suspaya tidak menggunting dan mencukur rambut mereka.
Selain 'dreadlock', pengikut Rasta mencipta satu lagi identiti lain iaitu menghisap ganja (kanabis)
kerana pokok ganja dikatakan berasal dari Afrika serta menjadi budaya asal mereka.
Bagi Rastafari, ganja adalah tumbuha suci dan menghisap ganja adalah tindakan spiritual untuk membersihkan tubuh dan minda, bagi memperolehi kewarasan dan kedamaian supaya lebih hampir dengan JAH (jelmaan tuhan mereka).
Kepada Rastafari juga, menghisap ganja adalah perbuatan mulia bagi mendapat kebenaran, sedangkan meminum alkohol yang menjadi budaya Barat adalah perbuatan bodoh yang membuatkan manusia menjadi bodoh!
Merah, kuning. hijau dan hitam adalah warna rasmi Rastafari. Merah bermaksud darah semua kehidupan dimuka bumi, kuning melambangkan matahari, hijau bereti bumi serta alam semulajadinya, manakala hitam Negro. Merah, hijau dan kuning juga adalah warna bendera Ethopia tempat lahirnya agama/gerakan Rastafari.
Dari gerakan biasa, Rastafari meniupkan semangatnya melalui hiburan dan identiti mereka adalah muzik raggae. Muzik raggae lahir disebuah petempatan miskin di Kingston, Jamaica. Ia mengadunkan muzik asli Jamaica dengan Jazz dan R&B Amerika ska serta soul.Lalu jadilah raggae.
Bintang raggae Rastafari yang terkenal ialah Bob Marley
Pada kulit album dan pakaiannya ada gambar daun iaitu daun pakalolo iaitu daun pokok ganja.
Pada masa ini, Rastafari bukan dilihat sebagai agama lagi, sebaliknya sebagai gerakan atau fesyen.
Kebanyakan Rasta mengatakan, Rasfari adalah cara hidup.
Dianggarkan kini terdapat lebih sejuta Rastafari diseluruh dunia, termasuk anak-anakmuda di Malaysia. Kebanyakkan mereka sekadar fesyen sahaja kerana gemarkan musik raggae.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan