Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 5 Mac 2013

Sibuk mencari dalang, pencerobohan merebak, korban meningkat, siapa lembap?

Keseluruhan setakat ini 8 anggota keselamatan tumpas terkorban dalam tragedi Lahad Datu dan Semporna.
Awal pagi ini (7pagi) serangan dilakukanoleh pasukan keselamatan negara kearah penceroboh militan. Ada laporan kedengaran 4 letupan bom.Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera. 
  
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Setakat jam 4 petang ini tiada angka korban dilaporkan.

PM Najib mengeluarkan kenyataan rasminya pada jam 11pagi mengumumkan serangan keatas penceroboh dilakukan dengan sokongan bantuan kekuatan Tentera seramai 7 batalion.
"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.azlan
Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

Tindak tanduk berhemah? huh!..tak faham..tak faham...adakan ini dasar negaraku Malaysia menghadapi kegentingan kedaulatan negara diceroboh? Apa cerita jika sekiranya Sabah ditawan? Sedangkan pada awalnya ianya bermula diLahad Datu dan akhirnya diSemporna yang jauhnya lebih 100km dari Lahad Datu? Dan akhirnya mengorbankan nyawa 8 anggota pasukan keselamatan?

Laporan Keadilandaily.com, Abdul HadiBrigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, bekas Jeneral Angkatan tentera mengutuk keras
kelembapan membuat keputusan menangani perkara ini yang berlarutan sehingga 3 minggu dan menyebabkan pertumpahan darah.
Katanya, sekiranya tindakan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara sejak minggu pertama pencerobohan, tentunya situasi lebih mudah ditangani.
“Mengapa (operasi masih) diberi kepada pihak polis sedangkan musuh datang dari pihak luar?  Ini tugas tentera.
Keputusan menentukan strategi (menyerang musuh) juga mengambil masa lama. Lebih buruk, perisikan juga kelihatan gagal mengenalpasti identiti dan keupayaan (persenjataan) musuh.
“Kerajaan sepatutnya memutuskan sama ada menggunakan taktik peperangan konvensional atau kaedah mengawal insurgensi (pemberotakan). Atau strategi bercampur antara kedua-duanya?” kata Hadi yang juga anggota sekretariat Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Hadi turut membidas Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM kerana lalai melaksanakan tugas hingga gagal memberi amaran awal pencerobohan.
“Kita persoalkan unit perisikan tentera. Apakah mereka ambil mudah semua yang berlaku. Mengapa pencerobohan terjadi tanpa dikesan pada peringkat awal?
Selain itu, Hadi kecewa terhadap kepimpinan Najib yang patut mencari jalan penyelesaian, bukan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat.
“Beliau cuba mengalih pandangan umum dari krisis ini dengan menyalahkan Pakatan, seolah-olah krisis ini disebabkan oleh Pakatan dan bukan kelemahan pentadbirannya,” kata Hadi.