Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 11 Mei 2012

Penyokong PAS bakar poster Rahim Noor


Pagi tadi ahli dan penyokong PAS bertindak membakar poster bekas ketua Polis negara Rahim Noor selepas selesai kuliah mingguan pagi Jumaat di perkarangan Pejabat PAS di Jalan Hospital, Tanah Merah, Kelantan dilaporkan harakahdaily.net

Keengganan Rahim Noor  memohon maaf dan menarik balik kenyataan menganggap Mursyidul Am PAS sebagai “bapa kafir” menyebabkan sentimen kemarahan kepada rakyat diseluruh negara.
Acara membakar poster dikendalikan Pemuda PAS Tanah Merah. Hadir sama anggota jawatankuasa PAS kawasan, muslimat dan penghulu-penghulu Dun Bukit Panau.

Malay Merdeka: takkan nak tiru perangai Umno...tindakan ini sama seperti perbuatan orang Umno...


Umno Shah Alam sertai demo PR mansuhkan tol batu 3 Shah Alam


Sekumpulan ahli umno shah alam telah mengadakan perhimpunan haram demonstrasi jalanan di tepi tol sungai rasau lebuhraya persekutuan hari ini lapor Mstar. 
Kira-kira 50 ahli Umno bahagian Shah Alam mengadakan bantahan berhampiran tol Sungai Rasau bagi menggesa Kerajaan dan pihak berkaitan supaya memansuhkan tol berkenaan.
Mereka turut menggesa supaya tol di Batu Tiga dimansuhkan, dengan mengatakan bahawa ia memberi kesan kepada penduduk di Klang dan Shah Alam.Timbalan Ketua Umno Shah Alam dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka yang menetap di Sha Alam perlu membayar tol sekiranya mahu keluar dari daerah itu.“Saya berharap Kerajaan, bersempena dengan sambutan ulang tahun Umno ke-66 akan mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkan kedua-dua tol,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Malay Merdeka: Masa bersih mereka malu nak turut serta sebab angin pasang...kini mereka tumpang semangkuk....lembu punya susu..pariah dapat nama...

Umno (Baru) sambut ulangtahun ke....

Bermula hari ini Parti Umno meraikan ulangtahunnya di Bukit Jalil stadium Nasional selama tiga hari. 
Maka dikatakan berjuta orang yang akan dibawa menggunakan bas dari seluruh pelusuk negara membanjiri stadium Bukit Jalil. Mereka ini akan disediakan tempat tinggal makan minum dsb.
Polis tidak akan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan. mereka akan jadi 'security guard' untuk perhimpunan itu.
Umno ini juga dulunya dikenali sebagai Umno Baru ciptaan Mahathir Mohamad setelah menjadi pertubuhan haram pada tahun 1988.
Sebab itulah corak perjuangan Umno sangat berbeza dengan Umno sebelumnya yang ditubuhkan pada tahun 1946.
Umno baru 1988 mengubah caranya dengan membawa angin kepada perut...maka berlakulah pemimpin Umno yang tamak kuasa, rasuah dan kronisme. Berbanding Umno zaman Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kesejahteraan hidup rakyat.
Budaya membodek semakin menebal dikalangan ahli Umno sekarang ini, sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'. 
Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.
Kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.
Maka tidak hairanlah jika pentadbiran perdana menteri kini memberi tumpuan utama ke kawasan-kawasan berkenaan, termasuklah tanah guguran FELDA.
Selamat bertemu muka dan selamat berpesta...apakah Presiden Umno celupar lagi dengan sebutan 'haram jadah'.

Haniff Omar : Jangan ragui rekod saya terbaik!

Sinar Harian Online, hari ini melaporkan tauke judi Genting yang juga Bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Hanif Omar agar masyarakat tidak meragui beliau yang dilantik mengertuai panel siasatan keganasan Bersih 3.0
Dipetik sebagai berkata  Hanif Omar meminta pihak-pihak yang meragui kewibawaan beliau menerajui Panel Penasihat Bebas berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 agar melihat rekod beliau masa-masa lalu termasuk ketika menganggotai jawatankuasa menyiasat insiden polis menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.





Malay Merdeka:hanif omar terganggu fikiran.. teringat zaman komunis....nampak wajah-wajah komunis di Bersih 3.0