Maka dikatakan berjuta orang yang akan dibawa menggunakan bas dari seluruh pelusuk negara membanjiri stadium Bukit Jalil. Mereka ini akan disediakan tempat tinggal makan minum dsb.
Polis tidak akan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan. mereka akan jadi 'security guard' untuk perhimpunan itu.
Umno ini juga dulunya dikenali sebagai Umno Baru ciptaan Mahathir Mohamad setelah menjadi pertubuhan haram pada tahun 1988.
Sebab itulah corak perjuangan Umno sangat berbeza dengan Umno sebelumnya yang ditubuhkan pada tahun 1946.
Umno baru 1988 mengubah caranya dengan membawa angin kepada perut...maka berlakulah pemimpin Umno yang tamak kuasa, rasuah dan kronisme. Berbanding Umno zaman Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kesejahteraan hidup rakyat.
Budaya membodek semakin menebal dikalangan ahli Umno sekarang ini, sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'.
Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.
Kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan