Selasa, 13 Julai 2010
IDEA BODOH IBRAHIM ALI
Beruk Main Bola Boleh Tarik Pelancong - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.
Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
"Kita tahu bahawa semua binatang walaupun liar tetapi sudah terbukti boleh dijinakkan dan boleh dilatih. Saya nak tahu adakah kementerian bercadang memberikan subsidi atau apa-apa jua bentuk bantuan kepada rakyat atau mana-mana pihak untuk menjinakkan binatang seperti gajah, beruk dan monyet.
"Contohnya macam gajah, beruk dan monyet ini boleh dilatih main bola. Saya percaya bila dah pandai main bola, boleh dieksport atau boleh dijadikan tarikan pelancongan. Mana tahu esok-esok ada pertandingan beruk Kelatan lawan beruk Selangor di Bukit Jalil," katanya yang mengundang ketawa Anggota Parlimen yang ada.
"Mungkin kita boleh mulakan di Pasir Mas dahululah...ada beruk ke di Pasir Mas?" katanya yang disambut cadangan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut)supaya Ibrahim menjadi jurulatih haiwan berkenaan, yang kemudian mendapat sorakan anggota dewan-.(SUMBER mso)
Zul Nordin bodek PKR
Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggunakan undang-undang untuk menyekat penerbitan Suara Keadilan dengan tidak memperbaharui permit lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurut beliau, tindakan menggantung atau membatalkan permit penerbitan akhbar berkenaan merupakan satu penganiayaan kepada golongan pekerja yang mungkin tidak terlibat dalam pembohongan atau penipuan yang berlaku.
"Menggantung atau membatalkan permit sesuatu penerbitan akan menyebabkan ramai orang teraniaya termasuk para pekerja dan kakitangan yang mungkin tidak terbabit bersekongkol dengan pembohongan atau penipuan," katanya di sini, Selasa.
Menerusi entri terbarunya dalam blog zul4kulim.blogspot.com, bekas ahli Parlimen PKR itu berkata, KDN seharusnya tidak mengenakan tindakan secara keseluruhan kepada penerbitan tersebut sabaliknya hanya kepada pihak yang berkaitan.
"Pada pendapat saya sekiranya benar akhbar tersebut melakukan pembohongan atau penipuan, tindakan hendaklah diambil terhadap editornya, penulisnya ataupun wartawan yang terlibat, bukan dengan menggantung atau membatalkan permit penerbitan tersebut.
"Kalau setelah siasatan oleh pihak berkuasa ataupun polis dibuat, didapati ada kes untuk diambil tindakan atas pembohongan atau penipuan oleh akhbar tersebut, maka tindakan pertuduhan jenayah atau yang bersesuaian hendaklah diambil terhadap editornya (kerana menyiarkannya), penulisnya (kerana menulisnya)," katanya.
Jelas beliau lagi, kaedah berkenaan akan memberi pengajaran kepada pihak editorial penerbitan itu supaya lebih beretika dan amanah dalam menyiarkan berita.
"Kecuali sekiranya sudah terbukti sesuatu penerbitan itu memang menjadikan pembohongan dan penipuan suatu kelaziman penerbitan mereka dan setelah diberi amaran dan peringatan berulang kali, maka barulah pihak kementerian menimbang untuk menggantung atau membatalkan permit setelah mereka diberi peluang untuk membela diri," katanya.-(Sumber Mso)
kes aminurashid: saksi ditekan
Kes Aminul: Saksi ditekan, tak dapat cam suspek
Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit.
Abangnya, Hafizuddin Omar, 24, mendakwa Azamuddin juga dipaksa untuk mengikuti sesi kawad cam itu minggu lalu tanpa ditemani peguam.
"Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus.
"Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini.
Dakwanya lagi, adiknya itu juga dimarahi pegawai polis ketika kawat cam tersebut kononnya "melambat-lambatkan tugas polis."
Kat
anya, tekanan itu juga menyebabkan Azamuddin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sedangkan pelajar tingkatan tiga itu perlu menghadapi peperiksaan PMR tahun ini.
Beliau juga khuatir polis sengaja bertindak demikian untuk untuk mengelakkan kes tersebut daripada dibicarakan."(Azamuddin) ditekan seolah-olah dia ini penjenayah sedangkan dia adalah saksi utama. Hak dia untuk diwakili peguam juga diketepikan (ketika kawad cam)," katanya lagi.
Sementara itu, seorang wakil PIBG sekolahnya Monaliza Mokhtar berkata beliau mendengar pegawai polis menengking Azamuddin ketika kawad cam tersebut yang berlangsung di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam.
Tambahnya, apabila beliau masuk ke bilik kawat cam tersebut, barulah pegawai polis tersebut melayan Azamuddin dengan baik.
"Saya dengar pegawai polis tersebut menjerit-jerit dan memarahi Azamuddin," kata Monaliza dalam sidang media sama.
"Kemudian saya minta untuk tenangkan Azamuddin. (Azamuddin) kata dia tertekan sebab dia tidak nampak (suspek pada malam kejadian), jadi dia tidak boleh cam," katanya lagi.
Katanya, beliau hadir ke situ untuk menemani Azamuddin memandangkan peguam tidak dapat hadir bersama pelajar tersebut kerana dimaklumkan pada saat terakhir.-(Sumber Malaysiakini.com)
Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit.
"Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus.
"Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini.
Dakwanya lagi, adiknya itu juga dimarahi pegawai polis ketika kawat cam tersebut kononnya "melambat-lambatkan tugas polis."
Kat
Beliau juga khuatir polis sengaja bertindak demikian untuk untuk mengelakkan kes tersebut daripada dibicarakan."(Azamuddin) ditekan seolah-olah dia ini penjenayah sedangkan dia adalah saksi utama. Hak dia untuk diwakili peguam juga diketepikan (ketika kawad cam)," katanya lagi.
Sementara itu, seorang wakil PIBG sekolahnya Monaliza Mokhtar berkata beliau mendengar pegawai polis menengking Azamuddin ketika kawad cam tersebut yang berlangsung di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam.
Tambahnya, apabila beliau masuk ke bilik kawat cam tersebut, barulah pegawai polis tersebut melayan Azamuddin dengan baik.
"Saya dengar pegawai polis tersebut menjerit-jerit dan memarahi Azamuddin," kata Monaliza dalam sidang media sama.
"Kemudian saya minta untuk tenangkan Azamuddin. (Azamuddin) kata dia tertekan sebab dia tidak nampak (suspek pada malam kejadian), jadi dia tidak boleh cam," katanya lagi.
Katanya, beliau hadir ke situ untuk menemani Azamuddin memandangkan peguam tidak dapat hadir bersama pelajar tersebut kerana dimaklumkan pada saat terakhir.-(Sumber Malaysiakini.com)
Kes Pasir: MP kapar S.Manikavasagam kata MB Khalid lepas tangan
Curi Pasir: MB Selangor Lepas Tangan?
MP Kapar dakwa terima 25 aduan kes curi pasir di Selangor (sumber MSO)
"Isu curi pasir di Selangor bukan perkara baru, saya yang mula-mula bangkitkan dulu, tapi masalah ini semakin merebak kerana kerajaan negeri tak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
Pendedahan terbaru berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan, kata Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

"Sejak pendedahan yang saya buat dulu, Menteri Besar masih berdiam diri... tak ambil tindakan tegas," katanya.
Selain itu, Manikavasagam turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai 25 kes serta bukti hasil aduan orang ramai mengenai penyeludupan pasir di seluruh Selangor.," katanya.
Manikavasagam mendakwa pegawai KSSB, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri terbabit dalam kegiatan melombong pasir secara haram sehingga menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan sebanyak RM10 juta.
Dalam pada itu, Manikavasagam turut mendesak kerajaan negeri supaya mengembalikan kuasa kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengendalikan urusan galian dan mineral di Selangor.
Kerajaan Selangor Tahu Kegiatan Melombong Pasir Di Paya Indah Wetlands
Kegiatan melombong pasir dekat Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang yang didedahkan media hari ini adalah di bawah pengetahuan kerajaan Selangor dan dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid bagaimanapun mendakwa kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang.
Menurut beliau, permit melombong pasir di kawasan itu dikeluarkan pentadbir tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.
"Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan jabatan-jabatan ini.
"Operasi melombong dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuas hati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab di dalam perniagaan pasir.
Laporan sebuah akhbar melayu menyebut aktiviti yang dipercayai di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek.
Khalid berkata adalah mustahil untuk mengeluarkan 10 juta tan metrik pasir dalam masa dua minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu, ia memerlukan lebih 500,000 muatan lori.
"Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa dua minggu," katanya. - BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)